Monday, June 27, 2011

Persidangan Kebangsaan Pendidikan Jasmani 2011

Persidangan Kebangsaan Pendidikan Jasmani 2011 telah berlangsung pada 27-29 Jun 2011 di IPG Kampus Sultan Mizan, Besut, Terengganu.

Sebanyak 15 kertas kerja dibentangkan. Pembentang-pembentang kertas kerja terdiri daripada pakar-pakar pendidikan jasmani dari dalam dan luar Malaysia. Ucap utama telah disampaikan oleh Profesor Chinnapa Reddy, Presiden Persatuan Pendidikan Jasmani dan Sains Sukan India. Pakar-pakar dari Thailand, Singapura dan universiti-universiti tempatan. Pensyarah-pensyarah IPG juga tidak ketinggalan membentangkan kertas masing-masing.
Penyertaan amat menggalakkan. Seramai 506 peserta menghadiri seminar ini terdiri daripada guru, pensyarah, pegawai-pegawai yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dengan Pendidikan Jasmani.
Secara keseluruhan, persidangan ini telah berjaya mencapai matlamat yang digariskan.
Tahniah kepada IPGKSM dan semua pihak yang menjayakan persidangan ini.

No comments:

Post a Comment