Wednesday, August 25, 2010

Majlis Khatam Al-Quran, Iftar Perdana IPG KPI


IPG Kampus Pendidikan Islam, Bangi telah menganjurkan majlis khatam al-Quran, iftar perdana, aqiqah, tahlil kemerdekaan dan tarawih pada 25 ogos 2010 bersamaan 14 Ramadan 1431H.

Majlis telah diadakan di Masjid Imam As-Syafie, IPG KPI dan telah dirasmikan oleh Y.Bhg. Datuk Dr. Haili bin Dolhan, Rektor IPG KPM.

Monday, August 23, 2010

Majlis Rektor IPG Bersama Pensyarah IPG KPMM

Bersempena dengan mesyuarat penyelarasan pengoperasian pusat serantau SEAMEO SEN di IPG KPMM pada 23 Ogos 2010, Pengarah IPG KPMM, Pn Noor Hayatee Md Noor telah berjaya mengumpulkan pensyarah-pensyarah IPG KPMM dalam satu majlis bersama dengan Y.Bhg Dr Haili bin Dolhan, Rektor IPG KPM.

Dalam pertemuan ringkas tersebut, Datuk Rektor telah menjelaskan mengenai kedudukan dan fungsi IPG KPM.

Beliau juga menerangkan mengenai perancangan jangka pendek dan jangka panjang IPG KPM khasnya untuk meningkatkan martabat IPG KPM setanding dengan IPTA dan IPTS.

Y.Bhg. Datuk menegaskan bahawa semua 27 IPG yang berada di seluruh Malaysia sebenarnya adalah merupakan entiti yang satu iaitu IPG KPM. Ini menjadikan IPG KPM menjadi antara institusi bertaraf pengajaian tinggi yang mempunyai kampus paling banyak di seluruh negara.

Mesyuarat Penyelarasan Pengoperasian Pusat Serantau SEAMEO SEN

Mesyuarat Penyelarasan Pengoperasian Pusat Serantau SEAMEO SEN telah diadakan di IPG Kampus Perempuan Melayu, Melaka pada 23 Ogos 2010.

Mesyuarat dipengerusikan oleh Y.Bhg Datuk Rektor IPG KPM dan dihadiri oleh Pengarah Bahagian Pendidikan Khas, En Bung Muk Shin, Pengarah IPG KPMM, Pn Hajah Noor Hayatee Md Noor, Pasukan Petugas Teknikal (TWG) dari BPKhas, dan juga pensyarah-pensyarah IPG KPMM.

SEAMEO SEN adalah pusat serantau yang memberi fokus kepada Pendidikan Khas. Sementara menunggu kampusnya siap di Enstek, pusat ini akan beroperasi secara sementara di IPG KPMM.

Majlis Taklimat Prepenerbangan Pelajar Program Berkembar Bahasa Perancis

Satu majlis taklimat prapenerbangan pelajar program berkembar Bahasa Perancis telah diadakan di IPG Kampus Bahasa Antarabangsa pada 23 Ogos 2010.

Y.Bhg. Datuk Dr. Haili bin Dolhan, Rektor IPG KPM telah meluangkan masa untuk bersama dengan 15 orang pelajar kohort 4 yang akan berlepas ke Perancis pada 9 September, 2 hari sebelum Hari Raya.

Beliau juga sempat bertemu dengan pelajar-pelajar kohort 1 program yang sama, yang telah menamatkan pelajaran di Perancis dan sekarang sedang menyambung setahun lagi di IPG KBA untuk memantapkan lagi pedagogi pengajaran Bahasa Perancis.

Sebelum meninggalkan IPG KBA, Datuk Rektor telah melawat beberapa bilik kuliah, bilik muzik, gimnasium, setor kokurikulum dan pusat sumber IPG KBA.

Lawatan Profesional Rektor ke IPG KSAH

Y.Bhg Datuk Rektor IPG telah mengadakan satu lawatan profesional ke IPG Kampus Sultan Abdul Halim Sg Petani pada 21 dan 22 Ogos 2010.

Lawatan melibatkan beberapa acara rasmi antaranya:
  • Majlis berbuka puasa bersama pensyarah dan kakitangan IPG KSAH;
  • Majlis bersama pelajar yang diikuti oleh sesi dialog ringkas;
  • Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang IPG KSAH bagi tahun 2009;
  • Lawatan ke pusat sumber, galeri seni visual, bilik pensyarah, stor sukan dan beberapa bilik khas yang lain di IPG KSAH

Tuesday, August 10, 2010

Majlis Penyerahan Nota serah Tugas BPG-IPG

Majlis Penyerahan Nota Serah tugas Antara Bahagian Pendidikan Guru (BPG) dan Institut Pendidikan Guru (IPG) Kementerian Pelajaran Malaysia telah diadakan pada 11 Ogos 2010 di Bilik Mesyuarat Tanjung, E8 Putrajaya.

Majlis disempurnakan dengan menyerahan nota serah tugas daripada Dr Kartini Baharun yang mewakili BPG kepada Datuk Dr. Haili bin Dolhan, Rektor IPG KPM.

Majlis disaksikan oleh Y.Bhg. Tan Sri KPPM dan ketiga-tiga TKPPM.

Thursday, August 5, 2010

Lawatan ke Tapak Baru IPG Kampus Kent

Y.Bhg Datuk Rektor telah dibawa melawat tapak baru IPG Kampus Kent, Tuaran. Lawatan dilakukan selepas selesainya Majlis Konvokesyen IPG Kampus Kent pada 5 Ogos 2010.

Dalam lawatan berkenaan, Y.Bhg Datuk telah diberi taklimat mengenai progres pembinaan kampus tersebut yang dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2014. Dibahagikan kepada 2 fasa, fasa pertama dijangka siap pada pertengahan 2012.

Tapak asal IPG Kampus Kent terletak di tengah-tengah pekan Tuaran. IPG ini merupakan IPG tertua di Sabah yang mula menerima guru pelatihnya yang pertama 59 tahun lalu.

Konvokesyen IPG Kampus Kent


IPG Kampus Kent telah mengadakan Majlis Konvokesyen ke-58  pada 5 Ogos 2010, bertempat di Kompleks Pusat Pentadbiran Persekutuan Kota Kinabalu.

Seramai 240 graduan telah hadir untuk menerima diploma pada hari yang bersejarah itu.

Y.Bhg Datuk Rektor IPG KPM telah merasmikan majlis konvokesyen kali ini dan seterusnya menyampaikan diploma kepada semua lulusan.

Tahniah kepada Pengarah IPG Kampus Kent, Pn Mary Teresa Kinajil dan juga barisan jawatankuasanya yang telah menganjurkan majlis yang gilang gemilang ini dengan cemerlang.

Seminar Majlis Dekan-Dekan Pendidikan IPTA 2010

Y.Bhg Datuk Rektor IPG KPM telah dijemput untuk menyampaikan ucap utama dalam Seminar Majlis Dekan-Dekan Pendidikan IPTA 2010. Seminar ini dianjurkan oleh UiTM dan telah diadakan pada 2 hingga 3 Ogos 2010 di Hotel Concorde Shah Alam.

Y.Bhg Datuk Rektor telah membentangkan ucap utama bertajuk "Keberhasilan Pembelajaran Teras Kemenjadian Guru: Teori dan Amalan", yang juga merupakan tema bagi Seminar.