Wednesday, November 24, 2010

Konvokesyen IPGM 2010





Konvokesyen IPGM 2010 telah berlangsung pada 23-24 November 2010 di Dewan Sri Siantan, Perbadanan Putrajaya.

Konvokesyen kali ini melibatkan 2,810 oran graduan dari IPG seluruh Malaysia.

Program-progam pengajian yang terlibat adalah seperti berikut:

  • KPLI j-QAF Ambilan Januari 2009  seramai 1,732 orang; 
  • KPLI KDC SABK Ambilan November 2008 seramai 432 orang;
  • KPLI (SR) KDC Ambilan November 2008 seramai 494 orang;
  • KPLI PPC Ambilan Ogos 2009 seramai 78 orang; serta
  •  KDPM KDC SABK dan PLPS JAIJ Ambilan 2006 seramai 94 orang.
Konvo dijalankan dalam 4 sidang. Sidang pertama telah dirasmikan oleh Y.Bhg. Dato' Abd Ghafar bin Mahmud, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia.

Datuk Rektor IPGM sendiri telah merasmikan sidang ketiga konvokesyen pada pagi 24 November.

Majlis APC IPG Kampus Pendidikan Teknik dan Pelancaran Tabung Bantuan Bencana Banjir IPGM




Y.Bhg. Datuk Rektor IPGM telah dijemput menyampaikan APC 2009 bagi Pensyarah dan Staf IPG Kampus Pendidikan Teknik.

Majlis telah diadakan pada 16 November 2010 dan melibatkan seramai 21 orang penerima anugerah.

Dalam majlis yang sama, Datuk Rektor juga telah melancarkan Tabung Bencana Banjir IPGM. Tabung ini akan mengumpulkan sumbangan seluruh IPG untuk disalurkan kepada kakitangan IPG Kampus Darul Aman dan IPG Kampus Perlis yang terlibat dengan banjir di Utara baru-baru ini.

Selepas majlis, Datuk Rektor telah berkesempatan melawat bengkel-bengkel di IPGKPT dan melihat mesin-mesin di IPG berkenaan, sebagai persediaan untuk operasi perpindahan IPGKPT ke Bandar Enstek pada pertengahan 2011, insya-Allah.

Sunday, November 14, 2010

Program Jom Ke Desa

Menara Condong Teluk Intan

Upacara Perasmian Program Jom Ke Desa

Penyerahan Anak Angkat

Jalan-jalan Sekitar Kampung Sg Sumun


Program Jom Ke Desa anjuran bersama IPGM dan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional telah diadakan pada 11-14 November 2010.

Kg Sg Sumun 1, Bagan Datoh, Perak telah terpilih sebagai lokasi program kali ini.

Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan adalah Program Anak Angkat, Senamrobik 1Malaysia, Jalan-Jalan Mesra 1Malaysia, Gotong Royong, Malam Kebudayaan, Lawatan Industri Desa dan lain-lain lagi. Semua aktiviti ini menjurus kepada peningkatan penghayatan dan pengamalan nilai-nilai yang terkandung dalam Rukun Negara dan merealisasikan Konsep 1Malaysia; Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.

Hadir semasa Jamuan Perdana adalah YB Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Ahli Parlimen Bagan Datoh merangkap Menteri Pertahanan Malaysia.

Lawatan ke Prasekolah IPGK Rajang, Rumah Panjang Pantu & IPGK TAR

Fenomena Air Pasang Besar "Benak" di Sri Aman


Perjumpaan Bersama Pelajar IPG Kampus Tun Abdul Razak



Perjalanan Ke Rumah Panjang Kg Pasak, Pantu, Sri Aman





Taman Sensori Prasekolah IPGKTAR

Y.Bhg Datuk Rektor IPGM telah mengadakan lawatan kerja ke Prasekolah IPG Kampus Rajang, Bintangor, Rumah Panjang Kampung Sapak, Pantu, Sri Aman dan IPG Kampus Tun Abdul Razak, Kota Samarahan.

Lawatan bermula pada 7 November 2010 dan tamat pada 10 November 2010.

Lawatan beliau juga disertai oleh Dr. Noriati Abdul Rashid, Pengarah PPA dan Dr Jennifer Wee, Penyelaras Prasekolah IPGM.

Datuk Rektor juga berkesempatan mengadakan sesi dailog dengan pensyarah dan pelajar IPGK Rajang dan IPGK TAR.

Majlis Persaraan Tan Sri KPPM


Majlis Amanat sempena Persaraan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Y.Bhg. Tan Sri Dato' Hj Alimuddin bin Mohd Dom telah diadakan pada 4 November 2010 di Dewan KPM Aras 9, Blok E12.


Tempat beliau diambil alih oleh Y.Bhg. Dato' Abd Ghafar bin Mahmud, Pengarah Institut Aminuddin Baki, Kementerian Pelajaran Malaysia.


Dato' Abd Ghafar, 56, merupakan lulusan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan dari University of East Anglia, Norwich, United Kingdom dan Sarjana Muda Sastera dari Universiti Malaya.

Beliau memulakan perkhidmatan awam sebagai Pegawai Perkhidmatan Pelajaran pada 1 Mei 1977.

Sepanjang perkhidmatannya dalam bidang pendidikan, beliau telah memegang pelbagai jawatan penting termasuk Atase Pendidikan di Jabatan Penuntut Malaysia, Washington, Amerika Syarikat (1989), Pengarah Bahagian Sukan Seni dan Kokurikulum, Kementerian Pelajaran (2007) dan Ketua Nazir, Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti, Kementerian Pelajaran pada 2008. Beliau Juga pernah berkhidmat selama 6 tahun sebagai Ketua Penolong Pengarah, Sektor Sekolah Berasrama Penuh, Bahagian Sekolah KPM.

Majlis Persaraan Tan Sri KSU KPM

Majlis Amanat sempena Persaraan Ketua Setiausaha KPM, Y.Bhg. Tan Sri Dr Zulkurnain Hj Awang telah diadakan pada 27 Oktober 2009 di Dewan KPM Aras 9, Blok E12.

Walaupun begitu, perjuangan beliau dalam bidang pendidikan diteruskan selaku pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) bermula 28 Oktober 2010.


Tempat beliau digantikan oleh Y.Bhg. Dato' Dr Rosli Mohamed, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) berkuatkuasa 29 Oktober 2010.