Monday, January 30, 2012

Mesyuarat Task Force IPGM Bersama KPPM



Mesyuarat Task Force IPGM Bersama KPPM Bil.1 Tahun 2012 telah diadakan pada 30 Januari 2012. Mesyauarat dijalankan di Bilik Mesyuarat  Melati, Pejabat Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Putrajaya.

Mesyuarat dipengerusikan oleh YBhg. Dato' Sri KPPM sendiri. Antara perkara yang dibincangkan adalah hala tuju IPG dan perancangan strategik IPGM 2012-2015.

YBhg. Dato' Sri KPPM memutuskan mesyuarat ini akan dijalankan setiap minggu pada hari dan waktu yang sama.

Ini memandangkan IPGM adalah salah satu organisasi terpenting dalam KPM, dan satu-satunya institusi KPM yang menganugerahkan ijazah.

Thursday, January 26, 2012

Program Penghayatan Islam KPM


KPM telah menganjurkan Program Penghayatan Islam pada 27 Januari 2012 di Auditorium Parcel E.

Ucapan alu-aluan dismpaikan oleh YBhg Dato' Dr Khair bin Mohd Yusof, Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia.

Syarahan bertajuk Perspektif Minda Intelektual; Pendidik Dalam Konteks Islam telah disampaikan oleh YB Dato' Seri Dr Hilmi bin Yahya, Pengerusi Yayasan Pembangunan Insan, Putrajaya.

Wednesday, January 25, 2012

Mesyuarat JK Induk Perpindahan IPG ke Enstek




Mesyuarat JK Perpindahan IPG ke Enstek telah diadakan pada 25 Januari 2012 di Kampus Enstek.

Dalam mesyuarat berkenaan, ahli mesyuarat telah diberi taklimat mengenai perkembangan perolehan aset kampus Enstek dan juga jadual perbatuan urusan perpindahan IPGKPT/IPGM ke Enstek.

Berdasarkan jadual perbatuan berkenaan, pelajar IPGKPT dijangka akan memulakan pengajian di kampus baharu ini mulai Ogos 2012.

Setakat ini kerja-kerja perolehan perabot dan peralatan sedang giat dijalankan.

Mesyuarat telah dipengerusikan oleh YBhg Datuk Rektor.

Syarahan Perdana Rektor IPGM 2012


YBhg Datuk Rektor IPGM telah memulakan siri Syarahan Perdana Rektor IPGM 2012 di IPGK Batu Lintang, Sarawak pada 20 Januari 2012.

Syarahan Perdana ini adalah siri pertama daripada siri-siri Syarahan Perdana yang akan disampaikan oleh YBhg Datuk di semua 27 IPGK seluruh negara.

Program ini juga digabung jalin dengan program Bina Intelek Guru (BIG) di bawah seliaan TKPPM SPPK, YBhg. Tuan Haji Sufa'at bin Tumin.

Tuesday, January 24, 2012

Perjumpaan Rektor Bersama Persatuan Pensyarah IPG 1Malaysia


Satu perjumpaan antara YBhg Datuk Rektor IPGM bersama Persatuan Pensyarah IPG 1Malaysia (PPIPG1M) telah berlangsung pada 19 Januari 2012.

Tujuan perjumpaan ini adalah untuk PPIPGM1M mendapat pandangan dan sokongan YBhg Datuk Rektor terhadap persatuan yang baru ditubuhkan ini.

Sebagai menzahirkan sokongan beliau, YBhg Datuk Rektor telah bersetuju untuk merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan kali pertama pada 4 Februari 2012 di IPGK Perempuan Melayu Melaka.

Beliau melahirkan harapan agar persatuan ini dapat menjadi suara rasmi pensyarah IPG dan dapat memperjuangkan hak dan kebajikan semua warga IPG.

Monday, January 16, 2012

Jamuan Awal Tahun dan Sambutan Hari Lahir






Badan kebajikan dan Sosial IPGM telah menganjurkan majlis Jamuan Awal Tahun dan Sambutan Hari Lahir untuk semua warga IPGM Cyberjaya pada 17 Januari 2012.

Warga yang menyambut hari lahir pada bulan November, Disember dan Januari telah diraikan secara serentak dalam majlis kali ini.

Majlis tetap meriah, walaupun ada sebahagian warga yang tidak dapat hadir kerana bertugas di luar.

En Azhari selaku pengerusi badan telah memberikan ucapan dalam majlis tersebut.

YBhg Datuk Rektor juga merakamkan ucapan terima kasih atas komitmen dan kerjasama semua warga IPGM dan berharap kerjasama yang lebih mantap dapat disumbangkan untuk tahun 2012.

Sunday, January 15, 2012

Pendaftaran dan Minggu Pengurusan Pelajar Baharu



Pendaftran pelajar baharu program DPLI dan PPISMP ambilan khas bagi kumpulan GSTT telah berlangsung di seluruh IPG Kampus pada 9 Januari 2012.

Pendaftaran kali ini melibatkan seramai 1267 pelajar untuk PPISMP dan 1580 pelajar DPLI.

Thursday, January 12, 2012

Majlis Bacaan Yasin & Tahlil IPGM



Majlis Bacaan Yasin dan Tahlil IPGM telah diadakan pada 13 Januari 2012 jam 8.00 pagi di Bilik Mesyuarat Utama IPGM.

Majlis ini merupakan acara bulanan dan menjadi sebahagian aktiviti Badan Kebajikan dan Sosial IPGM dan Unit Keutuhan JPKK IPGM.

Niat bacaan Yasin kali ini adalah bersempena kesyukuran tahun baharu 2012, manakala pahala bacaan tahlil dihadiahkan kepada ayahanda Pn Zuraihan, almarhum Hj Mohamed Hj Ismail dan bonda angkat Pn Nik Nurul Huda, almarhumah Nik Syarifah bt Hassan.

Semoga roh mereka ditempatkan bersama roh orang-orang soleh insya-Allah, amin..

Wednesday, January 11, 2012

Majlis Perutusan 2012 KPM


Majlis Perutusan Tahun 2012 KPM telah berlangsung di PICC Putrajaya pada 10 Januari 2012. Majlis tersebut dihadiri oleh lebih dua ribu warga pendidikan, terdiri daripada pegawai-pegawai di peringkat pusat/JPN/PPD, pensyarah IPG, guru sekolah, guru pelatih IPG dan murid sekolah.

YAB Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran telah menyampaikan perutusan tahun 2012.

Monday, January 9, 2012

Mesyuarat Pengurusan IPGM Bil. 1 Tahun 2012


Mesyuarat Pengurusan IPGM Bil. 1 Tahun 2012 telah diadakan pada 6 Januari 2012.

Mesyuarat dipengerusikan oleh YBhg. Datuk Rektor IPGM.

Thursday, January 5, 2012

Mesyuarat JPKK Bil. 1 Tahun 2012


Jabatan Pengurusan Kualiti dan Keutuhan (JPKK) IPGM telah menjalankan Mesyuarat JPKK Bil. 1 Tahun 2012 pada 6 Januari 2012 di Bilik Gerakan IPGM jam 9.00 pagi.

Mesyuarat dihadiri oleh semua pegawai dan staf sokongan JPKK. Mesyuarat dipengerusikan oleh Pengarah JPKK, En Rahim bin Abdul Latiff.