Tuesday, June 14, 2011

Perjanjian Persefahaman IPGM-JAJ




IPGM dan Jabatan Agama Johor (JAJ) telah menandatangani Perjanjian Persefahaman Pendidikan pada 14 Jun 2011 di Hotel Seri Malaysia Johor Bahru.

Perjanjian Persefahaman ini adalah bagi IPG Kampus Temenggung Ibrahim melatih 157 orang guru sekolah-sekolah agama JAJ untuk mendapatkan Diploma Perguruan.

Y.Bhg. Datuk Rektor telah menandatangani perjanjian tersebut bagi pihak IPGM manakala JAJ diwakili oleh Y.Bhg Tn Hj Alias Hasran, Pengarah JAJ.

Menyingkap sejarah,  kerjasama antara KPM dan JAJ telah bermula sejak 1993 lagi, dan setakat ini, seramai 1509 orang guru JAJ telah dilatih di IPGTI.

No comments:

Post a Comment