Wednesday, December 14, 2011

Mesyuarat JKTU IPGM Bil.1/2011


Mesyuarat JKTU IPGM Bil.1 Tahun 2011 telah diadakan pada 15 Disember 2011, bertempat di Bilik Gerakan IPGM.

Mesyuarat telah dipengerusikan oleh En Rahim bin Abdul Latiff, Pengarah JPKK.

Dalam mesyuarat berkenaan, pengerusi berharap pengurusan JKTU IPGM dapat dimantapkan sepanjang 2012 dari sudut mengurusan mesyuarat dan pelaporan. Para pengarah pusat/sektor/jabatan juga dimohon untuk memberi keutamaan kepada mesyuarat ini.

Wednesday, December 7, 2011

Mesyuarat Pengurusan Kaunseling Organisasi & Sektor HEP


Mesyuarat Pengurusan Kaunseling Organisasi dan Sektor HEP telah diadakan pada 7 Disember 2011 di IPG Kampus Pendidikan Islam.

Mesyuarat ini bertujuan untuk mencapai kesepakatan dalam pengurusan kes kaunseling, penyusunan kumpulan-kumpulan sasaran perkhidmatan kaunseling di IPGK, penyeragaman kes rujukan, penambahbaikan dan penarafan profesional perkhidmatan, Manual Kerja Kaunselor Organisasi serta program peningkatan mutu kerja dan kemahiran kaunseling.

Mesyuarat kali ini dihadiri oleh 38 orang kaunselor organisasi dari semua IPG Kampus.

YBhg. Datuk Rektor telah menyampaikan ucapan penangguhan dalam mesyuarat berkenaan.

Monday, December 5, 2011

Mesyuarat Senat/ Pengurusan/ JPKA 2011


Mesyuarat Senat Bil.8, Pengurusan Bil.4 dan JPKA Bil.4 2011 telah dijalankan pada 5 hingga 7 Disember 2011 di Hotel The Zon Regency Johor Bahru.

Mesyuarat dihadiri oleh semua pengarah IPG Kampus dan dipengerusikan oleh YBhg. Datuk Rektor.

Tuesday, November 29, 2011

Kembali ke Rahmatullah


25 November 2011, Jumaat. IPGM dikejutkan dengan kembalinya ke rahmatullah Pn Hasinah binti Akop, Pembantu Tadbir Sektor HEPHL. Pn Hasinah diserang stroke pada pagi jumaat berkenaan semasa sedang bertugas di pejabat. Beliau mengadu sakit kepala yang amat sangat sehingga tidak sedarkan diri.

Rakan-rakan segera menghubungi ambulan yang terus membawa beliau ke Hospital Putrajaya. Di sana beliau telah dimasukkan ke ICU dan kemudiannya dipindahkan pula ke PPUM disebabkan keadaanya yang amat kritikal.

Walau bagaimanapun, Allah S.W.T. lebih menyayangi Pn Hasinah. Beliau kembali mengadap Allah S.W.T pada subuh hari Sabtu.

Almarhumah Pn Hasinah meninggalkan suami dan seorang anak lelaki berusia 12 tahun. Semoga Allah memberikan kekuatan dan kesabaran kepada suami dan anak beliau.

Semoga roh Pn Hasinah ditempatkan bersama dengan roh orang-orang saleh dan dimasukkan ke syurga Allah S.W.T. insya-Allah. Amin...

Al-Fatihah..

Monday, November 28, 2011

Jom Ke Felda 2011





Program Semarak Rukun Negara-Jom Ke Felda anjuran bersama IPGM, JPNIN dan Felda telah diadakan di Felda Lubok Merbau, Pendang, Kedah pada 19-23 November 2011.

Program ini merupakan program kedua selepas kejayaan program Jom Ke Desa tahun lepas yang diadakan di Bagan Datoh, Perak.

Jom Ke Felda merupakan sebahagian daripada Program Tahunan Semarak Rukun Negara yang bertujuan menyuburkan lagi semangat perpaduan dan integrasi nasional dalam kalangan pelajar di IPG.  Menerusi program ini, para pelajar IPG pelbagai kaum yang bakal menjadi guru setelah tamat latihan, berpeluang melihat dari dekat realiti kehidupan di FELDA. 

Jom Ke Felda kali ini melibatkan 340 orang pelajar dari 19 buah IPG. Mereka berkampung selama 3 hari 4 malam bersama dengan keluarga angkat mereka, dan menjalankan aktiviti-aktiviti seharian di Felda berkenaan.

Adalah diharapkan menerusi pengalaman berada di FELDA akan memberi keyakinan kepada pelajar IPG untuk menabur bakti kepada anak bangsa menerusi bidang pendidikan apabila tiba masanya kelak.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Rektor IPGM.

Thursday, November 24, 2011

Konvensyen KIK KPM 2011





Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif Kementerian Pelajaran Malaysia 2011 (KIK KPM 2011) telah berlangsung pada 21-23 November 2011 di Hotel Grand Blue Wave Shah Alam.

Konvensyen kali ini mencatatkan sejaran penyertaan tertinggi sebanyak 43 pasukan daripada agensi-agensi seluruh KPM; daripada peringkat sekolah sehinggalah bahagian.

IPG telah menghantar 5 penyertaan dan mendapat pengiktirafan bintang berikut; IPG Kent (2 Bintang) , Ilmu Khas (3 bintang), Ipoh (3 bintang), Batu Lintang (3 bintang) dan IPGM Cyberjaya (2 bintang).

Johan Keseluruhan : PPD Sibu (Kumpulan SWAN)
Johan Kategori Teknikal : PPD Sibu (Kumpulan SWAN)
Johan Kategori Pengurusan : Majlis Peperiksaan Malaysia (Kumpulan Dinamik)
Penyertaan Pertama Terbaik : IPG Ilmu Khas (Kumpulan eye kay TRANSFORMERS)
Montaj Terbaik : Bahagian Pembangunan dan Penilaian Kompetensi (Kumpulan IKON)

Tahniah kepada semua wakil IPG dalam KIK KPM 2011.

Friday, November 18, 2011

Forum IPG Kebangsaan 2011




Pertandingan Forum IPG Peringkat Kebangsaan 2011 telah diadakan pada 18-20 November 2011 di IPG Kampus Ipoh.

Sebanyak 9 buah IPG telah menghantar pasukan menyertai pertandingan ini.

Selain aktiviti forum, para peserta, pelajar dan pensyarah juga disajikan dengan sesi ceramah daripada Biro Tatanegara mengenai Konsep 1Malaysia. Ceramah disampaikan oleh En Khairuddin bin Mohd Azahari, pegawai BTN Perak.

YBhg Datuk Rektor telah menyampaikan ucap utama seterusnya merasmikan pertandingan.

Tuesday, November 15, 2011

Retreat IPGM 2011




Retreat IPGM 2011 telah diadakan pada 14 hingga 16 November 2011 di Hotel Corus Paradise, Port Dickson.

Percutian korporat IPGM ini bertujuan untuk:

a. memberi pendedahan dan kefahaman berkenaan visi, misi dan hala tuju IPGM;
b. memupuk semangat kerja sepasukan dalam kalangan warga IPGM;
c. memahami dan menilai perancangan strategik 2012 setiap pusat/sektor/jabatan.

YBhg. Datuk Rektor telah menyampaikan ucap utama dalam Retreat ini yang menjurus kepada kerja sekumpulan.

Wednesday, November 9, 2011

Konvensyen Integriti Nasional 2011


Konvensyen Inegriti Nasional 2011 telah berlangsung pada 10 November 2011 di PICC Putrajaya.

Konvensyen ini dianjurkan oleh Institut Integriti Malaysia (IIM) dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan.

Tema konvensyen: Agenda Integriti Nasional: Peranan Generasi Muda.

Konvensyen ini bertujuan untuk:

  1. menjelaskan kepada masyarakat bahawa agenda integriti akan terus menjadi satu daripada agenda penting kerajaan ke arah menjadikan rakyat Malaysia yang beretika dan berintegriti;
  2. meningkatkan kesedaran generasi muda bahawa agenda integriti nasional adalah tanggungjawab bersama dan golongan muda juga mempunyai tanggungjawab dan peranan penting ke arah pembudayaan integriti masyarakat masyarakat;
  3. meningkatkan komitmen dan memantapkan kefahaman masyarakat terutama generasi muda supaya turut serta menjadi pendokong dan penggerak agenda integriti nasional demi kelangsungan negara.

Antara pengisian konvensyen:

  1. Sesi Dialog - Integriti dan Kejayaan : Di Mana Kaitannya? Panel - Noor Irfan Khairi Noor Azmi dan Rozlindah Onn.
  2. Sesi Forum - Agenda Integriti Nasional : Relevansi Dengan Generasi Muda. Panel - Y.B. Dato' Saifudin Abdullah dan Prof Madya Dr. Sivamurugan Pandian.
  3. Ucap Utama - YAB Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia.


IPGM diwakili oleh Hj Nor Azam Abdulah.

Bengkel Kerja Kumpulan KIK IPGM



Bengkel Kerja Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) IPGM telah diadakan di Teluk Dalam Beach Resort pada 8-10 November 2011.

Bengkel ini bertujuan memurnikan skrip pembentangan kumpulan yang akan bertanding di Pertandingan KIK KPM pada 21-24 November akan datang.


Kumpulan KIK IPGM diberi nama IPGMers dan projek KIK yang akan dipertandingkan adalah Projek SUPerb, singkatan kepada Sistem Urus Perbelanjaan.

Semoga berjaya membawa pulang sekurang-kurangnya 3 bintang, aminn..!

Tuesday, November 1, 2011

Konvensyen Kebangsaan Pendidikan Guru 2011

Konvensyen Kebangsaan Pendidikan Guru 2011 telah berlangsung pada 30 Oktober hingga 2 November 2011 di A'Famosa Resort, Melaka. Konvensyen kali ini mendokong tema Transformasi Profesionalisme Keguruan Menjana Kualiti Guru.

Salah satu acara utama konvensyen adalah forum yang melibatkan 3 orang ahli panel terkemuka; YBhg Tan Sri Dr Zulkurnain Hj Awang, Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP), YBhg. Datuk Dr Haili Dolhan, Rektor IPGM dan YBhg. Dato' Mohamad Ghazali Abdul Rahman, Pengarah BPG.

Dalam forum berkenaan YBhg Tan Sri Dr Zulkurnain mendedahkan lima kriteria utama yang diberi perhatian dalam temuduga perlatikan guru iaitu; personaliti, semangat, komunikasi, pengetahuan dan kreativiti.

Rumusan persidangan adalah seperti berikut:
  1. Memperkasakan penyelidikan tindakan dalam kalangan pelajar, pensyarah dan guru;
  2. Menyemarakkan inovasi pendidikan di semua peringkat Kementerian Pelajaran Malaysia;
  3. Memantap dan memperluaskan amalan Komuniti Pembelajaran Profesional (Professional Learning Communities) dan Pembangunan Profesional Guru Berasaskan Sekolah (School-based Professional Development of Teachers);
  4. Memantapkan komponen Amalan Profesional dalam kurikulum pendidikan guru dengan tumpuan terhadap pementoran;
  5. Menambahbaik kaedah penilaian Sekolah Berprestasi Tinggi berasaskan wajaran yang seimbang dalam komponen kurikulum, kokurikulum, sahsiah murid, dan pengurusan;
  6. Menambahbaik kurikulum pendidikan guru berasaskan disiplin ilmu baharu dalam bidang pendidikan;
  7. Menubuhkan Akademi Pembangunan Profesionalisme Pensyarah untuk memilih, melatih dan mentauliahkan calon pensyarah;
  8. Mewujudkan Sekolah Makmal (Lab School) di IPG Kampus bagi memperkukuhkan latihan pendidikan guru;
  9. Mengupayakan guru permulaan dengan kemahiran guru abad ke-21 dalam usaha melestarikan guru berjiwa pendidik.

Tahniah dan terima kasih kepada semua peserta dan urus setia konvensyen.

Sunday, October 23, 2011

Bengkel Kerja KIK


Bengkel Kerja Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) IPGM telah diadakan pada 23-25 Oktober 2011 di Hotel Seri Malaysia Ipoh.

Bengkel ini dihadiri oleh ahli kumpulan KIK IPGM, dan bertujuan menyediakan bahan KIK untuk penyertaan Konvensyen KIK KPM yang akan berlangsung pada 21 hingga 24 November 2011.

Bahan yang telah siap perlu dihantar kepada urus setia konvensyen pada atau sebelum 1 November 2011.

Tuesday, October 18, 2011

Mesyuarat Senat/Pengurusan/JPKA IPGM


Mesyuarat Senat Bil.7/Pengurusan Pendidikan Guru Bil.3/JPKA Bil.3 Tahun 2011 IPGM telah dilaksanakan pada 18 hingga 21 Oktober 2011 di Hotel Flamingo, Ampang.

Mesyuarat dipengerusikan YBhg. Datuk Rektor. Kehadiran terdiri daripada pengarah-pengarah IPG Kampus dan Ketua-ketua jabatan IPG Induk.

Sunday, October 16, 2011

Jambori JOTA-JOTI Pengakap Dunia 2011


Persatuan Pengakap Malaysia telah menganjurkan Jambori Di Udara "Jamboree-on-the-Air" (JOTA) dan Jambori Di Internet "Jamboree-on-the-Internet" (JOTI) pada 14-17 Oktober 2011. IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan telah menjadi tuan rumah jambori kali ini.

Majlis perasmian penutupan telah disempurnakan oleh YAB Dato Sri Diraja Haji Adnan bin Haji Yaakob. Dalam majlis berkenaan, YAB Menteri Besar telah menyampaikan anugerah Pingat Jasa Pengakap kepada beberapa tokoh yang menyumbang kepada kegiatan pengakap di Malaysia.

YBhg. Datuk Rektor adalah antara penerima pingat berkenaan.

Friday, October 14, 2011

Pelancaran IPG Kebitaraan Sukan

YAB Dato' Seri Utama Tan Sri Hj Muhyiddin bin Hj Mohd Yasin, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran Malaysia telah melancarkan IPG Kebitaraan Sukan di IPG Kampus Raja Melewar pada 15oktober 2011.

Tiga IPG telah dinobatkan menjadi IPG Sukan iaitu IPGK Raja Melewar, IPGK Perlis dan IPGK Tun Abdul Razak, Sarawak.

YAB TPM juga mengambil peluang mengadakan majlis dialog bersama warga pendidik Negeri Sembilan.

Sejurus selepas sesi bersama YAB TPM, YBhg Datuk Sri KPPM telah mengadakan sesi khas bersama pengetua dan guru besar negeri seramai 462 orang.

Thursday, October 13, 2011

Pertandingan Anugerah Inovasi Pedagogi IPGKBM


IPG Kampus Bahasa Melayu telah menganjurkan Pertandingan Anugerah Pedagogi pada 13 dan 14 Oktober 2011. Tema yang terpilih untuk pertandingan kali ini ialah "Inovasi Pedagogi Pemacu Kualiti Profesionalisme Keguruan".

Sebanyak 35 inovasi telah dipertandingkan dan dipamerkan. Keputusan pertandingan: Johan : Inovasi Kemahiran Membentuk Huruf Kecil Menggunakan Pengekodan Imej. Naib Johan : Serat Tekstil Dalam Penghasilan Produk Kraf. Ketiga : Penggunaan Lapbook Sebagai BBM Murid Pemulihan

YBhg. Datuk Rektor telah merasmikan penutupan pertandingan.

Sunday, October 9, 2011

Taklimat Khas KPM


Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah menganjurkan satu program khas Taklimat Dasar-Dasar Kerajaan dan Dasar KPM pada 10 Oktober 2011. Taklimat diadakan di Bilik Mesyuarat BPPDP. Antara penceramah yang mengisi slot-slot taklimat adalah YM Dato' Raja Arif bin Raja Ali, Pengarah BTN, YBhg Tn Hj Sufa'at bin Tumin, TKPPM KPM dan YBhg ACP Abd Rahman bin Kholil daripada Bahagian Ancaman Ekstremis Sosial Cawangan Khas Bukit Aman.

Saturday, September 24, 2011

Karnival Seni Visual, Muzik & Kurikulum IPGKKB

IPG Kampus Kota Bharu telah menganjurkan Karnival Seni Visual, Muzik dan Kokurikulum pada 24-26 September 2011.
Karnival ini adalah satu usaha memartabatkan bidang-bidang tersebut dalam kalangan pelajar IPGKKB dan keseluruhan warganya. Usaha ini termasuklah menyuburkan bakat dan minat pelajar seterusnya berkongsi kebolehan tersebut dengan masyarakt setempat disamping memantapkan diri sebagai pendidik pada masa hadapan.
Antara objektif karnival ini adalah meningkatkan kesedaran semua warga terhadap kepentingan bidang Pendidikan Seni Visual, Pendidikan Muzik dan Kokurikulum dalam pembentukan perkembangan individu.
YBhg. Datuk Rektor IPGM telah merasmikan karnival berkenaan.

Tuesday, September 20, 2011

Seminar Penyelidikan Tindakan Pelajar PISMP Semester 8 IPG Kampus Perlis


IPG Kampus Perlis telah menganjurkan Seminar Penyelidikan Tindakan Pelajar PISMP Semester 8 pada 19 dan 20 September 2011. Sebanyak 115 kajian telah dibentangkan dalam seminar ini.

YBhg. Datuk Rektor IPGM telah menutup rasmi seminar berkenaan.

Monday, September 19, 2011

Program Gaya Hidup Sihat IPGKTB


IPG Kampus Tuanku Bainun, dengan kerjasama Pejabat Kesihatan Daerah Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang telah melancarkan Program Gaya Hidup Sihat peringkat IPGKTB pada 20 September 2011.

 Program ini diharapkan dapat memberikan pendedahan kepada semua warga IPGKTB tentang gaya hidup sihat dan pemakanan seimbang. Program ini juga bertujuan membantu dan menggalakkan semua warga IPGKTB mengikuti aktiviti-aktiviti gaya hidup sihat yang dirancang secara berterusan setiap minggu.

 YBhg. Datuk Rektor IPGM telah merasmikan pelancaran program berkenaan.

Wednesday, September 14, 2011

Pembukaan Sayap Baru Pejabat IPGM


Sempena dengan perpindahan para pegawai dan staf BPG ke IPGM, sayap baru di bangunan EB3 Cyberjaya telah dibuka.

Ruang pejabat sedang disusun atur dan dijangka selesai minggu ketiga bulan September, insya-Allah.

Tuesday, September 13, 2011

Iftar Ramadan IPGM




Iftar Ramadan IPGM telah diadakan pada 22 Ogos 2011, bersamaan 22 Ramadan. Malam tersebut merupakan malam 23 Ramadan, salah satu malam ganjil, berkebarangkalian besar Lailatul Qadr.

Acara malam tersebut: Doa selamat - iftar - solat maghrib berjemaah - makan - solat isyak - terawih - bungkus lauk - bersurai.

Thursday, July 14, 2011

Konvokesyen IPG Zon Tengah dan Selatan


Konvokesyen IPG Zon Tengah dan Selatan telah berlangsung pada 12 dan 13 Julai 2011 di Dewan Sri Siantan, Perbadanan Putrajaya.

Konvokesyen kali ini melibatkan 1077 pelajar dari sembilan buah IPG Kampus iaitu IPGKBA, IPGKBMM, IPGKPT, IPGKIK, IPGKPIS, IPGKRM, IPGKPMM, IPGKTHO, IPGKTI dan IPGK Ipoh.

YBhg. Dato' KPPM telah menyampaikan diploma untuk Sidang Satu, manakala YBhg. Datuk Rektor menyampaikan diploma untuk Sidang Dua dan Tiga.

Wednesday, July 13, 2011

Pelancaran Buku IPGKBMM


IPG Kampus Bahasa Melayu Malaysia telah menganjurkan Majlis Pelancaran Buku di IPGKBMM pada 11 Julai 2011. Buku-buku berkenaan adalah hasil tulisan para pensyarah IPGKBMM.

Usaha ini amat dibanggakan kerana budaya menulis buku akan lebih tersemai dalam diri para pensyarah dan pelajar dengan adanya galakan seperti ini.

YBhg. Datuk Rektor telah melancarkan buku-buku yang berjumlah lebih 19 buah.

Friday, July 8, 2011

Konvensyen Guru-Guru Muda Kebangsaan

Konvensyen Guru-Guru Muda Kebangsaan (KOGUM) telah diadakan di UiTM Shah Alam pada 8-10 Julai 2011.

Konvensyen telah dirasmikan oleh YAB Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia.

Mesyuarat Pengurusan IPGM Bil 11 Tahun 2011

Mesyuarat Pengurusan IPGM Bil 11 Tahun 2011 telah diadakan pada 8 julai 2011 di Bilik Mesyuarat Utama IPGM.
Mesyuarat dipengerusikan oleh YBhg. Datuk Rektor.