Wednesday, March 16, 2011

Konvokesyen PISMP IPGM Pertama 2011




Konvokesyen PISMP IPGM telah diadakan pada 16-17 Mac 2011 di PICC Putrajaya. Konvokesyen ini menganugerahkan Ijazah Sarjana Muda kepada graduan sulung PISMP IPG. Seramai 1987 graduan menerima ijazah masing-masing.

Konvokesyen kali ini dijalankan dalam empat sidang. Sidang pertama disempurnakan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran. Sidang kedua pula disempurnakan oleh YB Timbalan Menteri Pelajaran II. YB Timbalan Menteri Pelajaran I merasmikan sidang ketiga, manakala Y.Bhg KPPM menyempurnakan sidang keempat.

Tahniah kepada pada graduan. Terima kasih kepada semua urus setia.

Sunday, March 13, 2011

IPGM Dalam Selamat Pagi Malaysia



IPGM telah muncul dalam ruangan Selamat Pagi Malaysia (SPM) RTM pada jam 9.10 pagi 14 Mac 2011. Slot selama 15 minit itu memaparkan berita dan maklumat terkini mengenai pendidikan guru di Malaysia, khususnya yang melibatkan penaiktarafan maktab-maktab perguruan kepada institut pendidikan guru yang menawarkan ijazah kepada bakal-bakal guru.
Dalam slot ini juga, telah diuar-uarkan mengenai Konvokesyen PISMP Pertama yang akan berlangsung pada 16 dan 17 Mac ini di PICC, Putrajaya yang akan melibatkan seramai 1987 graduan sulung ijazah sarjana muda perguruan yang dianugerahkan oleh IPGM.
Mewakili IPGM adalah Y.Bhg Datuk Dr Haili bin Dolhan, Rektor IPGM sendiri, dan Pn Darawisah Sayuti, Pengarah HEP IPGM.

Wednesday, March 9, 2011

Program IPG Lestari Bersama WWF












Selaras dengan keperluan Education for Sustainable Development, IPG dan WWF Malaysia telah mengadakan Mesyuarat Penyelarasan Program IPG Lestari pada 8-10 Mac 2010 di Taiping, Perak.

Program-program yang disusun menjurus kepada pencapaian objektif berikut:

  1. Membentuk dan meningkatkan jaringan kerjasama antara IPGM, IPG Kampus dan WWF Malaysia;
  2. Berkongsi cadangan Projek IPG Lestari dengan 10 IPG Kampus yang terpilih untuk Fasa 1; dan
  3. Mendalamai pengetahuan tentang program konservasi kerajaan dalam pemuliharaan hutan paya bakau dan kaitannya dengan masyarakat setempat.

Selain sesi mesyuarat dan perbengkelan di hotel, lawatan dan aktiviti luar juga telah disusun seperti berikut:
  1. Lawatan ke pusat hutan paya bakau Jabatan Perhutanan, Kuala Sepetang
  2. Lawatan ke kilang arang kayu
  3. Penerangan proses penangkapan ikan secara tradisional
  4. Lawatan ke sangkar akuakultur untuk melihat proses menternak dan menuai kerang, serta menternak ikan dalam sangkar.
Dalam ucapannya, Y.Bhg. Datuk Rektor mengucapkan tahniah atas penganjuran program yang cemerlang, dan berharap program ini dapat dikembangkan ke seluruh IPG kampus. Datuk Rektor juga menekankan  kepentingan melestarikan alam ciptaan Allah dalam program pendidikan guru dalam usaha untuk memastikan pembangunan modal insan dan alam sekitar yang seimbang dan berterusan.

Perhimpunan Bulanan Februari-Mac




Perhimpunan Bulanan Feb-Mac peringkat IPGM telah diadakan pada 7 Mac 2011. Pusat Pembangunan Akademik (PPA) telah menjadi urus setia perhimpunan kali ini.

Semua warga IPG mengucapkan tahniah  kepada Dr Amin bin Senin, Timbalan Rektor yang dilantik sebagai Pengarah IAB. Tempat beliau digantikan oleh Dr Lee Boon Hua dari BPK.

Tahniah Dr Amin.

Selamat datang Dr Lee.

Sunday, March 6, 2011

Karnival Sukan Wanita Ke-4





Malaysian Masters Athletics Association (MMAA) dengan kerjasama KBS dan IPG Kampus Bahasa Antarabangsa telah menganjurkan Karnival Sukan Wanita pada 5 Mac 2011 bertempat di IPGKBA.

Program ini dikelolakan dengan tujuan meningkatkan kesedaran dalam kalangan kaum wanita bahawa adalah penting untuk mereka menjaga kesihatan dan kecergsan diri supaya dapat menjamin kesejahteraan keluarga.

Beberapa aktiviti menarik telah dijalankan sepanjang karnival, antaranya; senamrobik, ceramah kesihatan, bola jaring pakaian beragam dan larian lebih raya 5km.

Y.Bhg. Datuk Rektor IPGM telah melepaskan setiap kategori larian dan juga telah menyempurnakan acara penyampaian hadiah pada petang tersebut.