Wednesday, June 30, 2010

Lawatan ke Ulu Tembeling

IPG KPM dan Open Universiti Malaysia (OUM) telah mengadakan satu lawatan bersama ke Ulu Tembeling, Pahang pada 28-30 Jun 2010.

Sebanyak 3 buah sekolah telah dilawati iaitu SK Kg. Pagi, SK Kuala Sat dan SK Kg. Bantal. Sesi dialog bersama pentadbir dan pelajar Sarjana Muda Pengajaran (SMP)-Pedalaman OUM telah diadakan di sekolah- sekolah berkenaan.

Hasil dialog ini dapat diguna pakai untuk menambah baik pelaksanaan Program Pensiswazahan Guru Pedalaman kerjasama antara IPG KPM dan OUM.

Maklumat hasil pemerhatian ini boleh dimanfaatkan untuk memantapkan program Bina Insan Guru dalam PISMP, serta program-program yang lain anjuran IPG KPM.

Y.Bhg Datuk Dr. Haili Dolhan, Rektor IPG KPM mengetuai rombongan IPG KPM manakala Y.Bhg. Prof. Dr. Mansor Fadzil mengetuai kumpulan OUM.

Lawatan ke IPG Kampus Perlis dan IPG Kampus Tuanku bainun

IPG KPM telah mengadakan lawatan ke IPG Kampus Perlis dan IPG Kampus Tuanku Bainun, Bukit Mertajam pada 24 dan 25 Jun 2010.

Lawatan diketuai oleh Pn Darawisah Sayuti, Pengarah Sektor Hal Ehwal Pelajar, IPG KPM. Ahli rombongan lain termasuklah En Mohd Radzuan Mohamad, En Mohamed Razi Mohd Suradi dan Hj Nor Azam Abdullah.

Dalam lawatan kali ini, Pengarah HEP telah mengadakan perbincangan dengan pihak IPG Kampus mengenai
pengurusan pelajar, pengurusan pentadbiran, pengurusan perubahan (change management) dan pengurusan konflik.

Perkongsian idea dan percambahan fikiran semasa sesi perbincangan telah memberi manfaat berguna kepada kedua-dua belah pihak.

Tuesday, June 22, 2010

Persidangan Perkhidmatan Pendidikan

Persidangan Perkhidmatan Pendidikan telah berlangsung pada 22-24 Jun 2010 di PICC Putrajaya. Persidangan kali ini membawa tema Transformasi Profesion Keguruan. YAB Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran telah sudi merasmikan persidangan.

Sebanyak 7 kertas kerja dan 1 Forum Pendidikan telah dipersembahkan kepada ahli persidangan.

Y.Bhg. Datuk Dr Haili Dolhan, Rektor IPG KPM membentangkan kertas kerja bertajuk 'Kurikulum Kursus Perguruan di IPG: Lonjakan ke Arah Melahirkan Guru Sekolah Rendah yang Berwibawa'.

Thursday, June 10, 2010

Konvokesyen IPG Kampus Ipoh

Konvokesyen IPG Kampus Ipoh telah diadakan pada 10 Jun 2010 di Dewan Bankuet Bangunan Darul Ridzuan (SUK).

Majlis dirasmikan oleh YAB Dato' Seri Dr Zambry bin Abd Kadir, Menteri Besar Perak.

Sunday, June 6, 2010

Mesyuarat Pengurusan Mingguan IPG KPM


Mesyuarat Pengurusan IPG KPM telah diadakan pada 4 Jun 2010. Semua pegawai menghadiri mesyuarat ini yang dipengerusikan oleh Y.Bhg. Datuk Rektor IPG KPM.

Dalam perutusan pengerusi, Datuk Rektor mengarahkan penubuhan Jawatankuasa Keutuhan Tadbir Urus peringkat IPG KPM, selaras dengan SPP KPM Bil.1 2010.

Konvokesyen IPG Kampus Pendidikan Islam


Konvokesyen IPG Kampus Pendidikan Islam telah diadakan pada 4 Jun 2010 di Dewan Seri Cempaka, Kompleks Perbadanan Putrajaya.

Y.Bhg. Datuk Dr. Haili bin Dolhan, Rektor Institut Pendidikan Guru KPM telah menyempurnakan upacara penganugerahan sijil dan diploma kepada para graduan.

Tuesday, June 1, 2010

KURSUS KEPIMPINAN ZON SABAH

Aktiviti bengkel (PDK) telah dirancang dan dikendalikan dengan jayanya oleh 2 orang fasilitator ialitu Pn Rosni binti Abdul Rahman dan En Azhari bin Ismail dari IPG KPM Cyberjaya. Turut membantu ialah En Razak Abd Manaf, Ketua Pusat Kecemerlangan Institut Aminuddin Baki. Semua peserta telah memberikan kerjasama yang sangat baik dalam menjayakan pelbagai program yang telah dijalankan. Syabas!

Kursus Pembangunan dan Kepimpinan Pengurusan IPG

Kursus Pembangunan dan Kepimpinan Pengurusan IPG Zon Sabah telah diadakan pada 23-27 Mei 2010 bertempat di INTAN Kampus Sabah.

Kursus ini dihadiri oleh semua Ketua Jabatan IPG Sabah iaitu IPG Kampus Kent, IPG Kampus Gaya, IPG Kampus Keningau dan IPG Kampus Tawau.

Kursus dikendalikan oleh pegawai-pegawai Unit Pembangunan Profesionalisme IPG Induk. Ucap utama telah disampaikan oleh Dr. Amin bin Senin, Timbalan Rektor IPG KPM.