Monday, October 25, 2010

Majlis Perasmian SEAMEO SEN dan Perasmian Bangunan Tambahan IPGKPMM



Majlis Perasmian SEAMEO SEN dan Perasmian Bangunan Tambahan IPG kampus Perempuan Melayu, Melaka bersempena Seminar "Special Education" dan "Girls' Education" di bawah Projek Kolaborasi SEAMEO-UNESCO-ASEAN dan KPM telah diadakan IPG Kampus Perempuan Melayu, Melaka pada 25 Oktober 2010.

Perasmian telah disempurnakan oleh YAB Tan Sri Dato' Hj. Muhyiddin bin Hj. Mohd yassin, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran.

Upacara Pelepasan Ikan dan Penanaman Pokok di Kompleks Pendidikan Enstek





Upacara Pelepasan Ikan dan Penanaman Pokok di Kompleks Pendidikan Bandar Enstek telah disempurnakan oleh Y.Bhg Tan Sri Dr Zulkurnain Awang, KSU KPM pada 22 Oktober 2010.
Turut sama hadir dalam majlis tersebut adalah KSU Kementerian Pengajian Tinggi, Datuk Rektor IPGM, dan pegawai-pegawai tinggi KPM dan KPT.

Kursus Kepimpinan & Pengurusan Zon Selatan





Kursus Kepimpinan dan Pengurusan IPG untuk Ketua Jabatan Zon Selatan telah diadakan di Hotel The Zon, Johor Bahru pada 19-22 Oktober 2010.
Kursus ini dikendalikan oleh Jabatan Kepimpinan dan Pembangunan Profesionalisme IPGM. Dr Amin bin Senin, Timbalan Rektor bertindak selaku Jurulatih Utama kursus ini.
Y. Bhg. Datuk Rektor juga berkesempatan hadir dalam kursus ini dan telah mengadakan sesi bual bicara bersama para peserta.

IPGKSM : Seminar & Ekspo Penyelidikan Inovasi 2010

IPG Kampus Sultan Mizan, Besut telah menganjurkan Seminar dan Ekspo Penyelidikan Inovasi 2010 pada 12 Oktober 2010. Lebih 40 hasil inovasi guru dan pelajar dari IPGK SM dan IPGK-IPGK jemputan telah dipamerkan dan dinilai.
Panel Penilai terdiri daripada pensyarah-pensyarah pakar dari IPGK-IPGK Zon Timur.
Y.Bhg. Datuk Rektor IPGM telah merasmikan penutupan seminar berkenaan.

Tuesday, October 19, 2010

Kuiz Pelaburan PNB 2010 IPGM




Pertandingan Akhir dan Penyampaian Hadiah Kuiz Pelaburan Permodalan Malaysia Berhad (PNB) 2010 (Kategori Institut Pendidikan Guru) telah diadakan pada 12 Oktober 2010 di Dewan Seri Endon, Presint 10, Putrajaya.  

Majlis penutup dan penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh YB Dr. Hj. Mohd. Puad Bin Hj. Zarkashi, Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia.

Berikut adalah keputusan peringkat akhir pertandingan tersebut :

Johan : IPG Kampus Sultan Mizan
Naib Johan : IPG Kampus Ilmu Khas
Ketiga : IPG Kampus Kota Bharu
Keempat : IPG Kampus Bahasa Antarabangsa
Kelima : IPG Kampus Pendidikan Islam

Pertandingan kali kedua ini telah memberi peluang kepada pelajar-pelajar IPG di seluruh negara untuk mengenali PNB dengan lebih dekat.  Selain itu, program ini juga telah dapat memberi kesedaran dalam kalangan pelajar IPG tentang pengurusan kewangan dan konsep pelaburan secara umum. 

Sunday, October 17, 2010

Perhimpunan Kebangsaan Guru 1Malaysia

 

 
 
Perhimpunan Kebangsaan Guru 1Malaysia Bersama YAB Perdana Menteri Malaysia telah diadakan pada 16 Oktober 2010 di Stadium Putra Bukit Jalil.

Dianggarkan seramai 14 ribu guru telah hadir dalam perhimpunan berkenaan.

Tema perhimpunan : "Guru Pemangkin 1Malaysia"

Thursday, October 14, 2010

Yasin & Tazkirah Jumaat

Majlis bacaan Yasin diadakan pada pagi jumaat 15 oktober 2010. Us. Aleas Md Isa mengemudi bacaan Yasin sementara Us Othman Loman menyampaikan tazkirah.

Tazkirah Us Othman memperkenalkan warga IPGM kepada 7 orang Imam Qurra' iaitu:
Imam Nafi', Ibnu Amir, Ibnu Kathir, Abu Amru, 'Asim, Hamzah dan al-Kisaie.

Kita di Malaysia membaca mengikut qiraah Imam 'Asim melalui riwayat Hafs.

Us Othman juga memperdengarkan bacaan contoh Surah Al-Fatihah bagi beberapa orang imam tersebut.

Syukran Us Othman dan Us. Aleas.

Monday, October 11, 2010

Sambutan Ulang Tahun Ke-20 IPG Kampus Darul Aman




 

IPG Kampus Darul Aman telah mengadakan sambutan ulang tahun ke-20 pada 10 Oktober 2010. Majlis telah disempurnakan pembukaannya oleh Y.Bhg Datuk Dr. Haili bin Dolhan, Rektor IPGM.

Dalam masa yang sama, Datuk Rektor telah merasmikan Pusat Sumber, Kolej Kediaman dan Pusat Kokurikulum IPG Kampus Darul Aman.

Tahniah kepada Pengarah IPG Kampus Darul Aman dan seluruh warganya.

Sunday, October 10, 2010

Majlis Penutupan MAEPA 2



Majlis Penutupan MAEPA 2 telah diadakan di IPG Kampus Bahasa Antarabangsa pada 8 Oktober 2010.

Majlis ini telah dihadiri oleh tetamu-tetamu kehormat termasuk Timbalan Menteri Pelajaran Afghanistan, Pesuruhjaya Tinggi Australia dan juga Pesuruhjaya Tinggi Afghanistan.

Perasmian Penutup telah disempurnakan oleh Y.B Dr Mohd Puad bin Hj Zarkashi, Timbalan menteri Pelajaran.

Konvokesyen IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan

Konvokesyen IPG kampus Tengku Ampuan Afzan, Kuala Lipis telah disempurnakan oleh DYMM Sultan Pahang pada 7 Oktober 2010.

Tahniah kepada Datuk Pengarah IPGKTAA dan seluruh wargany atas penganjuran majlis yang geling gemilang itu.

Thursday, October 7, 2010

Mesyuarat Persidangan SEAMEO-SEN dan Perasmian Bangunan Baru IPG Kampus Perempuan Melayu

Mesyuarat JK Induk Persidangan SEAMEO-SEN dan Perasmian Bangunan baru IPG Kampus Perempuan Melayu ke-3 telah diadakan pada 5 Oktober 2010.

Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Y.Bhg. Dato' Noor Rezan bt Bapoo Hashim, TKPPM (Operasi).

Mesyuarat berkisar tentang persiapan majlis berkenaan terutamanya berkaitan dengan majlis perasmian yang akan disempurnakan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri, merangkap Menteri Pelajaran. Insya-Allah majlis akan berlangsung pada 25 Oktober 2010.

Monday, October 4, 2010

Seminar Inovasi Pendidikan IPGK Kota Bharu

Pada 3 Oktober 2010, Y.Bhg. Datuk Rektor IPGM telah merasmikan Seminar Inovasi Pendidikan IPG Kampus Kota Bharu. Seminar ini berlangsung selama 3 hari dan berakhir pada 5 Oktober.

Retreat IPG KPM Bil. 2 Tahun 2010


Retreat IPG KPM Bil. @ telah diadakan pada 30 September hingga 2 oktober 2010. Retreat kali ini melibatkan semua pegawai IPG termasuk yang telah dilantik sebagai "task force" IPG KPM.
Hotel Corus Paradise, Port Dickson menjadi lokasi retreat IPGM.

Mesyuarat Pengurusan Pendidikan Guru


Mesyuarat Pengurusan Pendidikan Guru Bil.3 Tahun 2010 telah diadakan di Hotel Quality, Shah Alam pada 26 hingga 28 September 2010.
Mesyuarat dihadiri oleh semua Pengarah IPG Kampus, Pengarah-pengarah di  IPGM dan dipengerusikan oleh Y.Bhg. Datuk Rektor.
Mesyuarat JPKA, JKPAK, Mesyuarat JKTU IPGM dan Pengurusan Kualiti juga diadakan bersekali.

Sunday, October 3, 2010

Sambutan Hari Raya Peringkat IPGM




Sambutan hari raya peringkat IPGM telah diadakan pada waktu rehat makan tengahari 29 September 2010. Berjenis-jenis makanan disediakan; nasi beriani, sate, laksa johor, ketupat, rendang, lemang dll.
Majlis juga meraikan warga IPGM yang lahir dalam bulan Ogos dan September. Salah seorang yang diraikan adalah Y.Bhg. Datuk Rektor IPGM sendiri.
Acara sebegini diharapkan dapat mengeratkan lagi silaturrahim antara sesama warga IPGM, insya-Allah.