Saturday, September 24, 2011

Karnival Seni Visual, Muzik & Kurikulum IPGKKB

IPG Kampus Kota Bharu telah menganjurkan Karnival Seni Visual, Muzik dan Kokurikulum pada 24-26 September 2011.
Karnival ini adalah satu usaha memartabatkan bidang-bidang tersebut dalam kalangan pelajar IPGKKB dan keseluruhan warganya. Usaha ini termasuklah menyuburkan bakat dan minat pelajar seterusnya berkongsi kebolehan tersebut dengan masyarakt setempat disamping memantapkan diri sebagai pendidik pada masa hadapan.
Antara objektif karnival ini adalah meningkatkan kesedaran semua warga terhadap kepentingan bidang Pendidikan Seni Visual, Pendidikan Muzik dan Kokurikulum dalam pembentukan perkembangan individu.
YBhg. Datuk Rektor IPGM telah merasmikan karnival berkenaan.

Tuesday, September 20, 2011

Seminar Penyelidikan Tindakan Pelajar PISMP Semester 8 IPG Kampus Perlis


IPG Kampus Perlis telah menganjurkan Seminar Penyelidikan Tindakan Pelajar PISMP Semester 8 pada 19 dan 20 September 2011. Sebanyak 115 kajian telah dibentangkan dalam seminar ini.

YBhg. Datuk Rektor IPGM telah menutup rasmi seminar berkenaan.

Monday, September 19, 2011

Program Gaya Hidup Sihat IPGKTB


IPG Kampus Tuanku Bainun, dengan kerjasama Pejabat Kesihatan Daerah Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang telah melancarkan Program Gaya Hidup Sihat peringkat IPGKTB pada 20 September 2011.

 Program ini diharapkan dapat memberikan pendedahan kepada semua warga IPGKTB tentang gaya hidup sihat dan pemakanan seimbang. Program ini juga bertujuan membantu dan menggalakkan semua warga IPGKTB mengikuti aktiviti-aktiviti gaya hidup sihat yang dirancang secara berterusan setiap minggu.

 YBhg. Datuk Rektor IPGM telah merasmikan pelancaran program berkenaan.

Wednesday, September 14, 2011

Pembukaan Sayap Baru Pejabat IPGM


Sempena dengan perpindahan para pegawai dan staf BPG ke IPGM, sayap baru di bangunan EB3 Cyberjaya telah dibuka.

Ruang pejabat sedang disusun atur dan dijangka selesai minggu ketiga bulan September, insya-Allah.

Tuesday, September 13, 2011

Iftar Ramadan IPGM




Iftar Ramadan IPGM telah diadakan pada 22 Ogos 2011, bersamaan 22 Ramadan. Malam tersebut merupakan malam 23 Ramadan, salah satu malam ganjil, berkebarangkalian besar Lailatul Qadr.

Acara malam tersebut: Doa selamat - iftar - solat maghrib berjemaah - makan - solat isyak - terawih - bungkus lauk - bersurai.