Friday, July 23, 2010

Retreat IPG KPM


IPG KPM telah mengadakan Retreat di IAB Genting Highlands pada 22-24 Julai 2010. Retreat ini telah disertai oleh 49 orang pegawai IPG KPM.

Retreat kali ini bertujuan untuk memantapkan perancangan strategik dan fungsi IPG KPM disamping mengeratkan silaturrahim di kalangan warga IPG KPM.

Dalam ucapannya, Y.Bhg Datuk Rektor telah menyentuh beberapa perkara penting, yang antara kata kuncinya:
  • Fokus kepada "outcome";
  • Bekerja sebagai satu kumpulan;
  • Berani berubah;
  • Keterbukaan;
Dr Amin senin, Timbalan Rektor bertindak sebagai Jurulatih Utama.

Sunday, July 18, 2010

Lawatan Rektor ke IPG Kampus Tuanku Bainun dan IPG Kampus Pulau Pinang

Lawatan ke IPG Kampus Tuanku Bainun


Lawatan ke IPG Kampus Pulau Pinang

Y.Bhg. Datuk Dr Haili Dolhan, Rektor IPG telah mengadakan lawatan ke IPG Kampus Tuanku Bainun dan IPG Kampus Pulau Pinang pada 14 Julai 2010.

Dalam lawatan tersebut, Y.Bhg Datuk Rektor telah menghadiri majlis bersama pelajar dan mengadakan sesi dialog dengan pensyarah di kedua-dua buah IPG berkenaan. Beliau juga telah dibawa melawat ke sekitar kampus.

Y.Bhg Datuk Rektor juga sempat menutup rasmi dan menyampaikan sijil kepada peserta Kursus Kejurulatihan Bola Sepak yang dianjurkan oleh IPG Kampus Tuanku Bainun bersama Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang.

Di IPG Kampus Pulau Pinang pula, Datuk Rektor juga telah diberi taklimat mengenai status Projek RMK-9 di IPG tersebut.

Monday, July 12, 2010

Seminar Penyelidikan Pendidikan IPG Kampus Tun Hussein Onn



Seminar Penyelidikan Pendidikan IPG Kampus Tun Hussein Onn (IPGKTHO) telah berlangsung pada 12 Julai 2010.

Seminar melibatkan semua pensyarah dan pelajar IPGKTHO. Dalam seminar ini, sebanyak 8 kertas kerja telah dibentangkan. Yang paling membanggakan, 6 daripada kertas kerja dalam seminar ini dibentangkan oleh pelajar hasil daripada kajian mereka sendiri.

Seminar dirasmikan oleh Y.Bhg. Datuk Dr Haili Dolhan, Rektor IPG KPM.

Datuk Rektor juga telah dibawa melawat sekitar kampus dan berkesempatan beramah mesra dengan murid-murid prasekolah kelas prasekolah IPGKTHO.

Tahniah IPGKTHO!

Lawatan Rektor ke PLGDP Bandar Tenggara

Y.Bhg. Datuk Rektor IPG KPM telah mengadakan lawatan kerja ke Pusat Latihan Guru (PLGDP) Bandar Tenggara, Johor pada 11 Julai 2010 baru-baru ini.

Dalam lawatan berkenaan, beliau mendengar taklimat daripada Pengarah IPG Kampus Temenggung Ibrahim yang bertanggungjawab mengendali PLGDP berkenaan.

Datuk Rektor juga berpeluang melihat kemudahan-kemudahan yang disediakan di PLGDP Bandar Tenggara antaranya bilik-bilik kuliah, rumah penginapan, surau, bilik pengurusan stress dan gimnasium.

Dalam ucapannya, Datuk Rektor amat berpuas hati dengan kemudahan yang ada dan berkeyakinan penuh PLGDP Bandar Tenggara bakal menjadi sebuah pusat latihan ternama di kawasan selatan Tanah Air.

Wednesday, July 7, 2010

Taklimat Pelaksanaan KIK KPM

Bahagian Khidmat Pengurusan KPM (BKP) telah mengajurkan Taklimat Pelaksanaan Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) KPM pada 7-9 julai 2010 di Hotel Seri Malaysia, Bagan Lalang.
Taklimat diberikan kepada wakil semua bahagian KPM dan JPN. Taklimat disampaikan oleh pegawai dari INTAN.
Dalam ucapannya, SUB BKP berharap inovasi menjadi budaya organisasi, dan bukan setakat untuk menyertai Konvensyen KIK sahaja. Beliau juga memaklumkan surat siaran JPA bertarikh 21 Jun 2010 yang mengarahkan penubuhan Unit Inovasi menggantikan Unit Kualiti di setiap agensi kerajaan.

Monday, July 5, 2010

Perasmian MAEPA II

Program MAEPA II (Malaysia-Australia Education Project for Afghanistan telah dilancarkan pada 5 Julai 2010 di IPG Kampus Bahasa Antarabangsa, Kuala Lumpur. Y.Bhg Datuk Dr Haili Dolhan, Rektor IPG KPM telah merasmikan majlis berkenaan.

Turut hadir dalam majlis ini adalah H.E. Miles Kupa, Pesuruhjaya Tinggi Australia ke Malaysia dan H.E. Abdul Samad Samad, Pesuruhjaya tinggi Afganistan ke Malaysia.

MAepa adalah program usaha sama antara Kerajaan Malaysia, Australia dan Afghanistan yang melibatkan latihan kepada guru-guru dari Afghanistan, bertujuan untuk meningkatkan kualiti pendidikan di negara berkenaan.

Kohort kedua kali ini melibatkan 33 orang guru dari seluruh pelusuk Afghanistan. Mereka akan mengikuti latihan intensif selama 3 bulan di IPG KBA dan IPG KPI.