Sunday, January 30, 2011

PENDAFTARAN DAN MINGGU PENGURUSAN PELAJAR BAHARU




Pendaftaran pelajar-pelajar baharu bagi program KPLI Mode Sepenuh Masa dan KPLI j-QAF Mode LPBS Ambilan Januari 2011 telah dijalankan pada 24 Januari 2011 (Isnin) di 27 buah Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus seluruh Malaysia.  Seramai 1500 calon telah ditawarkan dalam 16 bidang pengkhsusan bagi program KPLI Sepenuh Masa, manakala 2500 orang bagi program KPLI j-QAF LPBS.

Pendaftaran telah berjalan lancar di semua IPG Kampus pada hari berkenaan, dan seterusnya diikuti dengan minggu pengurusan pelajar baharu.  Antara pengisian pada minggu pengurusan tersebut adalah sesi interaksi antara pentadbir dengan ibu bapa / penjaga, aktiviti kerohanian dan pendidikan moral, latihan dalam kumpulan, riadah, dan sesi  taklimat tentang akademik, ko-kurikulum, penilaian & peperiksaan, hal ehwal pelajar serta pengurusan di kolej kediaman. 

Minggu pengurusan dan program yang dirangka ini bertujuan untuk memastikan semua pelajar baharu di IPG mengenali, memahami serta menghayati visi, misi dan hala tuju IPG.  Menerusi program ini juga semangat kekitaan dapat diterapkan dalam kalangan pelajar yang mengikuti latihan keguruan di IPG.  Selain itu, program ini dapat membantu pelajar baharu menyesuaikan diri dengan budaya IPG.

No comments:

Post a Comment