Selaras dengan keperluan Education for Sustainable Development, IPG dan WWF Malaysia telah mengadakan Mesyuarat Penyelarasan Program IPG Lestari pada 8-10 Mac 2010 di Taiping, Perak.
Program-program yang disusun menjurus kepada pencapaian objektif berikut:
- Membentuk dan meningkatkan jaringan kerjasama antara IPGM, IPG Kampus dan WWF Malaysia;
- Berkongsi cadangan Projek IPG Lestari dengan 10 IPG Kampus yang terpilih untuk Fasa 1; dan
- Mendalamai pengetahuan tentang program konservasi kerajaan dalam pemuliharaan hutan paya bakau dan kaitannya dengan masyarakat setempat.
Selain sesi mesyuarat dan perbengkelan di hotel, lawatan dan aktiviti luar juga telah disusun seperti berikut:
- Lawatan ke pusat hutan paya bakau Jabatan Perhutanan, Kuala Sepetang
- Lawatan ke kilang arang kayu
- Penerangan proses penangkapan ikan secara tradisional
- Lawatan ke sangkar akuakultur untuk melihat proses menternak dan menuai kerang, serta menternak ikan dalam sangkar.
No comments:
Post a Comment