Wednesday, February 9, 2011

Persidangan Penilaian Kompetensi KPM 2011


Bahagian Pembangunan dan Penilaian Kompetensi KPM telah menganjurkan Persidangan Penilaian Kompetensi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Peringkat Kebangsaan Tahun 2011 pada 7 hingga 9 Februari 2011. Persidangan telah diadakan di Hotel Pan Pacific KLIA.

Antara objektif utama persidangan adalah untuk mengenal pasti bentuk penilaian kompetensi PPP pada masa akan datang, terutamanya selepas pemansuhan PTK. Peserta persidangan terdiri daripada pelbagai pihak dalam KPM, daripada peringkat sekolah sehinggalah ke peringkat pengurusan tertinggi.

Y.Bhg Datuk Rektor telah membentangkan kertas kerja bertajuk "Penilaian Kompetensi Pensyarah/Staf IPGM".

No comments:

Post a Comment