Sunday, November 14, 2010

Majlis Persaraan Tan Sri KPPM


Majlis Amanat sempena Persaraan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Y.Bhg. Tan Sri Dato' Hj Alimuddin bin Mohd Dom telah diadakan pada 4 November 2010 di Dewan KPM Aras 9, Blok E12.


Tempat beliau diambil alih oleh Y.Bhg. Dato' Abd Ghafar bin Mahmud, Pengarah Institut Aminuddin Baki, Kementerian Pelajaran Malaysia.


Dato' Abd Ghafar, 56, merupakan lulusan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan dari University of East Anglia, Norwich, United Kingdom dan Sarjana Muda Sastera dari Universiti Malaya.

Beliau memulakan perkhidmatan awam sebagai Pegawai Perkhidmatan Pelajaran pada 1 Mei 1977.

Sepanjang perkhidmatannya dalam bidang pendidikan, beliau telah memegang pelbagai jawatan penting termasuk Atase Pendidikan di Jabatan Penuntut Malaysia, Washington, Amerika Syarikat (1989), Pengarah Bahagian Sukan Seni dan Kokurikulum, Kementerian Pelajaran (2007) dan Ketua Nazir, Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti, Kementerian Pelajaran pada 2008. Beliau Juga pernah berkhidmat selama 6 tahun sebagai Ketua Penolong Pengarah, Sektor Sekolah Berasrama Penuh, Bahagian Sekolah KPM.

No comments:

Post a Comment