Monday, May 31, 2010

Majlis Perpisahan

Majlis Perpisahan untuk Cik Puteri Suraya Md Arshad, PT(Kew) telah diadakan pada 31 Mei 2010. Beliau dipinjamkan daripada BPG dan akan kembali semula ke bahagian asal mulai 1 Jun 2010.

Terima kasih Cik Puteri.

Wednesday, May 19, 2010

Perayaan Hari Guru Peringkat Jabatan Penjara Malaysia


Jabatan Penjara Malaysia telah mengadakan sambutan Perayaan Hari Guru peringkat Jabatan Penjara Malaysia pada 19 Mei 2010. Sambutan telah diadakan di Hotel Prime City, Kluang.

Perayaan ini adalah sebagai menghargai guru-guru yang mengajar di 6 buah Sekolah Integriti dan 2 buah Sekolah Henry Gurney. Senarai sekolah adalah seperti berikut:
  1. Sekolah Integriti Kluang, Johor,
  2. Sekolah Integriti Kajang, Selangor
  3. Sekolah Integriti Marang, Terengganu
  4. Sekolah Integriti Sg. Petani, Kedah
  5. Sekolah Integriti Kuching, Sarawak
  6. Sekolah Integriti Kota Kinabalu, Sabah
  7. Sekolah Henry Gurney Telok Mas, Melaka
  8. Sekolah Henry Gurney Keningau, Sabah
Tetamu utama program ini adalah Y.Bhg. Datuk Wira Hj Zulkifli Osman, Ketua Pengarah Penjara Malaysia dan Y.Bhg Datuk Dr. Haili bin Dolhan, Rektor IPG yang mewakili Y.Bhg. Dato' Hajah Noor Rezan bt Bapoo Hashim, TKPPM(OP).

Tuesday, May 18, 2010

Pelancaran Perayaan Hari Guru 2010


Perayaan Hari Guru 2010 telah dilancarkan di Kompleks Sukan Universiti Malaysia Pahang, Gambang, Kuantan.

Pelancaran disempurnakan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri yang juga merangkap Menteri Pelajaran.

Pameran Sempena Sambutan Hari Guru


IPG Tengku Ampuan Afzan telah mewakili IPG dalam Pameran Sempena Perayaan Hari Guru. Tapak pameran IPG TAA membawa tema Pendidikan Pribumi.

Pameran diadakan sepanjang sambutan perayaan Hari Guru 2010 di East Coast Mall, Kuantan.

Pameran Sempena Hari Guru yang dikelolakan oleh Kumpulan Utusan telah dirasmikan oleh YAB Menteri Besar Pahang.

Majlis Malam Sekalung Budi Pengarah-Pengarah IPG Kampus


Majlis Malam Sekalung Budi untuk meraikan persaraan 12 orang Pengarah IPG Kampus telah diadakan bersempena Mesyuarat Pengurusan Pendidikan Guru Bil.2/2010.

Majlis telah diurussetiakan oleh IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan dan dipengerusi sendiri oleh Pengarahnya, Y.Bhg. Dato' Mazlan Mohamad.

Pengarah-pengarah yang diraikan adalah:

  1. En Md. Rusli bin A. Rashid - IPG  Perlis
  2. Pn Saadiah bt. Bain - IPG  Sultan Abdul Halim
  3. Pn Rohani bt ISmail - IPG Tuanku Bainun
  4. Pn Soriah bt Abdullah - IPG Bahasa Melayu
  5. Tn Hj Amin bin Mohd Rashid - IPG  Pendidikan Islam
  6. Dr. Mohd Sofi bin Ali - IPG Bahasa Antarabangsa
  7. Pn Noorul Aini bt Ab. Rahman - IPG  Ilmu Khas
  8. Pn Zakiyah bt Idris - IPG  Teknik 
  9. Pn Asmah bt Yahya - IPG Raja Melewar
  10. Tn Hj A. Aziz bin Abu Bakar - IPG Tun Hussein Onn
  11. En Nicholas Ugul Kuman - IPG Rajang
  12. Datin Zaharah bt Hj Bujang - IPG Tun Abdul Razak

Mesyuarat Pengurusan Pendidikan Guru


Mesyuarat Pengurusan Pendidikan Guru Bil.2/2010 telah diadakan di Bukit Gambang Resort City, Kuantan, Pahang pada 13-16 Mei 2010.

Mesyuarat dipengerusikan oleh Y.Bhg. Datuk Dr. Haili bin Dolhan, Rektor IPG.

Mesyuarat dihadiri oleh 28 Pengarah IPG seluruh Malaysia dan pegawai-pegawai dari IPG induk.