Melaporkan Aktiviti-Aktiviti Institut Pendidikan Guru Malaysia(IPGM),Cyberjaya
Friday, May 20, 2011
Jasamu Dikenang, Pn Hazina
Pn Hazina Zakaria, Ketua Unit PPA, akan menamatkan perkhidmatan beliau dengan kerajaan pada hari isnin 23 Mei 2011.
Sebagai menghargai jasa dan sumbangan beliau, PPA telah mengadakan majlis "clock-out" ringkas pada 20 Mei 2011 (jumaat).
Pengarah PPA, Dr Noriati Ab Rashid dan Pn Hazina sendiri, telah menyampaikan sepatah dua kata dalam majlis berkenaan.
Majlis rasmi peringkat IPGM akan diadakan pada 23 Mei hadapan, bersekali dengan meraikan kakitangan-kakitangan yang bertukar, iaitu Dr Amin Senin, Pn Nurahmadiana dan Pn Zarina.
Selamat bersara Pn Hazina, semoga gembira dan sihat sentiasa di bawah pemeliharaan Allah S.W.T.
Wednesday, May 18, 2011
Malam Berambih & Pelancaran Hari Guru
Majlis Malam Berambih bersempena Sambutan Hari Guru ke-40 Tahun 2011 telah daiadakan pada malam 15 Mei 2011.
Majlis tersebut telah diadakan di Borneo Convention Center Kuching dan dihadiri oleh lebih 2000 tetamu dari seluruh negara.
Malam Berambih ditaja sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri Sarawak. YAB Ketua Menteri Sarawak dan isteri adalah tetamu kehormat pada malam yang amat meriah itu.
Pada keesokan harinya pula, majlis Pelancaran Perayaan Hari Guru telah diadakan di tempat yang sama. Pelancaran tersebut disempurnakan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran.
Seramai 5 orang Tokoh Guru telah dinobatkan pada majlis itu. Beberapa insentif baru yang bertujuan mengiktiraf dan memartabatkan profesion keguruan juga telah diumumkan, dan mendapat sambutan baik daripada kalangan guru-guru yang hadir.
Selamat hari guru, terima kasih cikgu!
Pameran Pendidikan Bersempena Sambutan Hari Guru
Bersempena Sambutan Perayaan Hari Guru ke-40 Tahun 2011, satu Pameran Pendidikan telah diadakan pada 13 hingga 16 Mei 2011. Pameran ini telah diadakan di Dataran Sungai Kuching (Kuching Waterfront).
Pameran ini dikelolakan oleh Kumpulan Utusan dengan kerjasama erat KPM. Pengarah JPN Sarawak telah merasmikan pameran yang merupakan prapelancaran kepada sambutan perayaan Hari Guru ke-40 tahun 2011.
IPGM adalah antara institusi pendidikan awam yang menyertai pameran tersebut.
Mesyuarat Senat, Pengurusan & JPKA IPGM
IPGM telah mengadakan Mesyuarat Senat, Pengurusan dan JPKA secara berkelompok 3-dalam-1 pada 12 hingga 14 Mei 2011.
Mesyuarat telah diadakan di Hotel Merdeka Palace Kuching. Ini adalah bersempena dengan sambutan Perayaan Hari Guru ke-40 Tahun 2011 yang diadakan di bandaraya tersebut.
YBhg. Datuk Rektor telah mempengerusikan ketiga-tiga mesyuarat yang dianggotai oleh semua pengarah IPGM kampus.
Subscribe to:
Posts (Atom)








