Wednesday, December 22, 2010

Mesyuarat MKSP dan Mesyuarat Senat IPG



Mesyuarat Kajian Semula Pengurusan (MKSP) dan Mesyuarat Senat IPG telah diadakan pada 7-10 Disember 2010 di Hotel Quality Shah Alam.

Sebagai langkah penjimatan, kedua-dua mesyuarat berkenaan juga telah digabungkan sekali bersama Mesyuarat JPKA IPG.

Mesyuarat dihadiri oleh Datuk Rektor IPGM, Timbalan Rektor, Pengarah-pengarah IPGM dan Pengarah-pengarah IPG Kampus. Beberapaorang penolong pengarah dan kakitangan sokongan bertindak sebagai urus setia.

Bengkel Penyediaan Bahan Taklimat KPPM



Sempena dengan lawatan kerja Y.Bhg. Dato' Abd Ghafar Mahmud, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia ke IPGM Cyberjaya, satu bengkel khas telah diadakan pada 2-3 Disember 2010. Bengkel ini bertujuan untuk menyiapkan bahan taklimat berkaitan IPGM kepada KPPM.

Bengkel diadakan bersama dengan Mesyuarat Penyediaan bahan "The New IPG" di Everly Resort, Melaka.

Bengkel telah diketuai oleh Y.Bhg. Dr Amin Senin, Timbalan Rektor IPGM.

Wednesday, November 24, 2010

Konvokesyen IPGM 2010





Konvokesyen IPGM 2010 telah berlangsung pada 23-24 November 2010 di Dewan Sri Siantan, Perbadanan Putrajaya.

Konvokesyen kali ini melibatkan 2,810 oran graduan dari IPG seluruh Malaysia.

Program-progam pengajian yang terlibat adalah seperti berikut:

  • KPLI j-QAF Ambilan Januari 2009  seramai 1,732 orang; 
  • KPLI KDC SABK Ambilan November 2008 seramai 432 orang;
  • KPLI (SR) KDC Ambilan November 2008 seramai 494 orang;
  • KPLI PPC Ambilan Ogos 2009 seramai 78 orang; serta
  •  KDPM KDC SABK dan PLPS JAIJ Ambilan 2006 seramai 94 orang.
Konvo dijalankan dalam 4 sidang. Sidang pertama telah dirasmikan oleh Y.Bhg. Dato' Abd Ghafar bin Mahmud, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia.

Datuk Rektor IPGM sendiri telah merasmikan sidang ketiga konvokesyen pada pagi 24 November.

Majlis APC IPG Kampus Pendidikan Teknik dan Pelancaran Tabung Bantuan Bencana Banjir IPGM




Y.Bhg. Datuk Rektor IPGM telah dijemput menyampaikan APC 2009 bagi Pensyarah dan Staf IPG Kampus Pendidikan Teknik.

Majlis telah diadakan pada 16 November 2010 dan melibatkan seramai 21 orang penerima anugerah.

Dalam majlis yang sama, Datuk Rektor juga telah melancarkan Tabung Bencana Banjir IPGM. Tabung ini akan mengumpulkan sumbangan seluruh IPG untuk disalurkan kepada kakitangan IPG Kampus Darul Aman dan IPG Kampus Perlis yang terlibat dengan banjir di Utara baru-baru ini.

Selepas majlis, Datuk Rektor telah berkesempatan melawat bengkel-bengkel di IPGKPT dan melihat mesin-mesin di IPG berkenaan, sebagai persediaan untuk operasi perpindahan IPGKPT ke Bandar Enstek pada pertengahan 2011, insya-Allah.