Thursday, February 23, 2012

Majlis Bacaan Yasin IPGM



Badan Kebajikan dan Sosial IPGM bersama dengan JPKK telah mengadakan majlis bacaan Yasin dan doa selamat pada 24 Februari 2012.

Bacaan Yasin diketuai oleh Encik Khairi, dari JPKK IPGM.

Tuesday, February 21, 2012

Syarahan Perdana Rektor Siri 4


Syarahan Perdana Rektor IPGM telah melalui siri ke-4. IPGK Bahasa Melayu, Kuala Lumpur telah menjadi lokasi Syarahan Perdana Rektor.

Program ini berlangsung pada 17 Februari 2012, dijalankan dalam dua sesi iaitu kepada pensyarah dan pelajar.

Mesyuarat Senat Kali Ke 9 Tahun 2012

Mesyuarat Senat Kali Ke 9 Tahun 2012 telah diadakan di Awana Resort Hotel, Genting Highlands, Pahang pada 13 - 15 Februari 2012. Mesyaurat Senat pada tahun ini digabungkan dengan Mesyuarat Pengurusan Pendidikan Guru Bil.1/2012 dan Mesyuarat Jawatankuasa Pembangunan Bil.1/2012

Mesyuarat telah dipengerusikan oleh YBhg. Datuk Rektor IPGM.

Friday, February 10, 2012

Terima Kasih IPGM


Assalamualaikum wrh wbt
Salam sejahtera

Semoga YBhg Datuk Rektor dan semua warga IPGM berada dalam keadaan sihat walafiat hendaknya.

Sempena dengan pertukaran saya ke Bahagian Pendidikan Islam (BPI) bermula 13 Februari 2012, saya ingin mengambil kesempatan memohon maaf atas segala silap dan salah, sepanjang saya bertugas di IPGM. Halalkan juga makan dan minum.

Saya memulakan tugas sebagai Pegawai Khas Datuk Rektor IPGM pada 2 Mei 2010. IPGM merupakan bahagian ketiga saya di KPM. Sebelum ini saya bertugas di Sektor SBP, Bahagian Sekolah (sekarang ini BSBPSK), dan BPSH. Banyak pengalaman yang telah ditempuh. Setiap bahagian pengalamannya berbeza dengan yang lain.

Pengalaman di IPGM sesungguhnya amat menyeronokkan. Tambahan pula berpeluang bekerja dengan Datuk Rektor, antara insan paling "cool" dalam dunia. Sepanjang bekerja bersama beliau, saya tak pernah lihat Datuk Rektor marah, apatah lagi meninggikan suara.

Datuk tidak suka berbincang berjela-jela tentang kenapa sesuatu masalah berlaku, siapa penyebabnya, apa yang silap. Apa yang beliau fokuskan adalah bagaimana hendak menyelesaikan masalah tersebut. Ayat yang sering keluar dari mulutnya, "Bagaimana kita boleh bantu?.."

Satu perkara yang Datuk Rektor tak pandai; beliau tak pandai bercakap buruk tentang orang lain. Kalau orang bertanya, "kenapa rezeki Datuk ini baik, sampai telah dua kali disambung kontrak?" jawab saya mudah, kerana dia orang baik, maka Allah ganjarkan dengan rezeki yang lebih baik. Jom kita ikut!

Apa yang paling berharga menjadi pegawai khas, adalah kita berpeluang menyelami pemikiran orang-orang besar KPM. Ada perkara, yang mungkin pada kita di bawah, berpendapat penyelesaiannya adalah A, tetapi orang-orang besar nampak B adalah penyelesaiannya. Dahulu, seperti kebanyakan rakan-rakan lain, saya sendiri pastinya tertanya-tanya kenapa. Sekarang insya-Allah tidak lagi. Sudut pandangan mereka lebih luas. Pertimbangan mereka juga berasaskan banyak aspek, yang sebahagiannya tidak terjangkau dek pemikiran kita.

Saya dibawa masuk ke IPGM dalam keadaan IPGM masih bertatih. Stafpun sedikit. Sekarang IPGM telah menjadi organisasi yang besar. Saya doakan IPGM akan berjaya mengangkat martabat latihan perguruan ke tahap tertinggi, seperti yang termaktub dalam Visi dan Misinya.

Pastinya saya akan merindui kekuatan silaturrahim yang dibina sepanjang hampir 2 tahun di IPGM. Kalau boleh nak sebut nama semua orang. Namun cukuplah saya nyatakan kepada semua warga IPGM, terima kasih, syukran jazilan. Insya-Allah saya akan singgah juga ke IPGM, lagipun BPI dan IPGM, bak kata pepatah, sepelaung sahaja jaraknya.

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih dan mohon maaf kepada semua pengarah IPGK dan rakan-rakan pensyarah yang pernah berurusan bersama. Orang kata, ramai rakan, rezeki melimpah ruah insya-Allah.

Selamat berpindah ke Enstek.

Sekian, wassalam.

"Bahagia membantu"

Nor Azam bin Abdullah

Thursday, February 9, 2012

Syarahan Perdana Rektor Siri 3



Syarahan Perdana Rektor IPGM telah melalui siri ke-3. IPGK Pendidikan Teknik telah terpilih menjadi lokasi Syarahan Perdana Rektor.

Program ini berlangsung pada 10 Februari 2012, dijalankan dalam dua sesi, iaitu sesi pensyarah dan pelajar.

Majlis Bacaan Yasin IPGM



Badan Kebajikan dan Sosial IPGM telah mengadakan majlis bacaan Yasin bulanan pada 3 Februari 2012.

Bacaan Yasin diketuai oleh YM Ustaz Osman Loman, dari PPA IPGM, Manakala tazkirah pendek disampaikan oleh Ustaz Nor Azam Abdullah.

Syarahan Perdana Rektor Siri 2


Syarahan Perdana. Rektor IPGM Siri 2 telah berlangsung di IPKG Tun Abdul Razak, Kota Samarahan, Sarawak.

Syarahan dihadiri oleh pensyarah (sesi 1) dan pelajar (sesi 2).

Syarahan Perdana juga melibatkan isi-isi penting program Bicara Intelek Guru di bawah YBhg. TKPPM (Profesionalisme Keguruan).