Sunday, October 23, 2011

Bengkel Kerja KIK


Bengkel Kerja Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) IPGM telah diadakan pada 23-25 Oktober 2011 di Hotel Seri Malaysia Ipoh.

Bengkel ini dihadiri oleh ahli kumpulan KIK IPGM, dan bertujuan menyediakan bahan KIK untuk penyertaan Konvensyen KIK KPM yang akan berlangsung pada 21 hingga 24 November 2011.

Bahan yang telah siap perlu dihantar kepada urus setia konvensyen pada atau sebelum 1 November 2011.

Tuesday, October 18, 2011

Mesyuarat Senat/Pengurusan/JPKA IPGM


Mesyuarat Senat Bil.7/Pengurusan Pendidikan Guru Bil.3/JPKA Bil.3 Tahun 2011 IPGM telah dilaksanakan pada 18 hingga 21 Oktober 2011 di Hotel Flamingo, Ampang.

Mesyuarat dipengerusikan YBhg. Datuk Rektor. Kehadiran terdiri daripada pengarah-pengarah IPG Kampus dan Ketua-ketua jabatan IPG Induk.

Sunday, October 16, 2011

Jambori JOTA-JOTI Pengakap Dunia 2011


Persatuan Pengakap Malaysia telah menganjurkan Jambori Di Udara "Jamboree-on-the-Air" (JOTA) dan Jambori Di Internet "Jamboree-on-the-Internet" (JOTI) pada 14-17 Oktober 2011. IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan telah menjadi tuan rumah jambori kali ini.

Majlis perasmian penutupan telah disempurnakan oleh YAB Dato Sri Diraja Haji Adnan bin Haji Yaakob. Dalam majlis berkenaan, YAB Menteri Besar telah menyampaikan anugerah Pingat Jasa Pengakap kepada beberapa tokoh yang menyumbang kepada kegiatan pengakap di Malaysia.

YBhg. Datuk Rektor adalah antara penerima pingat berkenaan.

Friday, October 14, 2011

Pelancaran IPG Kebitaraan Sukan

YAB Dato' Seri Utama Tan Sri Hj Muhyiddin bin Hj Mohd Yasin, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran Malaysia telah melancarkan IPG Kebitaraan Sukan di IPG Kampus Raja Melewar pada 15oktober 2011.

Tiga IPG telah dinobatkan menjadi IPG Sukan iaitu IPGK Raja Melewar, IPGK Perlis dan IPGK Tun Abdul Razak, Sarawak.

YAB TPM juga mengambil peluang mengadakan majlis dialog bersama warga pendidik Negeri Sembilan.

Sejurus selepas sesi bersama YAB TPM, YBhg Datuk Sri KPPM telah mengadakan sesi khas bersama pengetua dan guru besar negeri seramai 462 orang.

Thursday, October 13, 2011

Pertandingan Anugerah Inovasi Pedagogi IPGKBM


IPG Kampus Bahasa Melayu telah menganjurkan Pertandingan Anugerah Pedagogi pada 13 dan 14 Oktober 2011. Tema yang terpilih untuk pertandingan kali ini ialah "Inovasi Pedagogi Pemacu Kualiti Profesionalisme Keguruan".

Sebanyak 35 inovasi telah dipertandingkan dan dipamerkan. Keputusan pertandingan: Johan : Inovasi Kemahiran Membentuk Huruf Kecil Menggunakan Pengekodan Imej. Naib Johan : Serat Tekstil Dalam Penghasilan Produk Kraf. Ketiga : Penggunaan Lapbook Sebagai BBM Murid Pemulihan

YBhg. Datuk Rektor telah merasmikan penutupan pertandingan.

Sunday, October 9, 2011

Taklimat Khas KPM


Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah menganjurkan satu program khas Taklimat Dasar-Dasar Kerajaan dan Dasar KPM pada 10 Oktober 2011. Taklimat diadakan di Bilik Mesyuarat BPPDP. Antara penceramah yang mengisi slot-slot taklimat adalah YM Dato' Raja Arif bin Raja Ali, Pengarah BTN, YBhg Tn Hj Sufa'at bin Tumin, TKPPM KPM dan YBhg ACP Abd Rahman bin Kholil daripada Bahagian Ancaman Ekstremis Sosial Cawangan Khas Bukit Aman.