Thursday, July 14, 2011

Konvokesyen IPG Zon Tengah dan Selatan


Konvokesyen IPG Zon Tengah dan Selatan telah berlangsung pada 12 dan 13 Julai 2011 di Dewan Sri Siantan, Perbadanan Putrajaya.

Konvokesyen kali ini melibatkan 1077 pelajar dari sembilan buah IPG Kampus iaitu IPGKBA, IPGKBMM, IPGKPT, IPGKIK, IPGKPIS, IPGKRM, IPGKPMM, IPGKTHO, IPGKTI dan IPGK Ipoh.

YBhg. Dato' KPPM telah menyampaikan diploma untuk Sidang Satu, manakala YBhg. Datuk Rektor menyampaikan diploma untuk Sidang Dua dan Tiga.

Wednesday, July 13, 2011

Pelancaran Buku IPGKBMM


IPG Kampus Bahasa Melayu Malaysia telah menganjurkan Majlis Pelancaran Buku di IPGKBMM pada 11 Julai 2011. Buku-buku berkenaan adalah hasil tulisan para pensyarah IPGKBMM.

Usaha ini amat dibanggakan kerana budaya menulis buku akan lebih tersemai dalam diri para pensyarah dan pelajar dengan adanya galakan seperti ini.

YBhg. Datuk Rektor telah melancarkan buku-buku yang berjumlah lebih 19 buah.

Friday, July 8, 2011

Konvensyen Guru-Guru Muda Kebangsaan

Konvensyen Guru-Guru Muda Kebangsaan (KOGUM) telah diadakan di UiTM Shah Alam pada 8-10 Julai 2011.

Konvensyen telah dirasmikan oleh YAB Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia.

Mesyuarat Pengurusan IPGM Bil 11 Tahun 2011

Mesyuarat Pengurusan IPGM Bil 11 Tahun 2011 telah diadakan pada 8 julai 2011 di Bilik Mesyuarat Utama IPGM.
Mesyuarat dipengerusikan oleh YBhg. Datuk Rektor.

Thursday, July 7, 2011

Pelancaran Buku Pengurusan & Pengendalian PBS

Majlis Pelancaran Buku Pengurusan dan Pengendalian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) telah diadakan pada 8 Julai 2011 di SK Seksyen 7 Bandar Baru Bangi.

Pelancaran telah disempurnakan oleh YAB Tan Sri Dato' Hj Muhyiddin bin Hj Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran.

Wednesday, July 6, 2011

Lawatan Rektor ke IPG Kampus Raja Melewar

YBhg. Datuk Rektor telah mengadakan lawatan mengejut ke IPG Kampus Raja Melewar pada 7 Julai 2011.
Beliau berkesempatan melawat dewan, perpustakaan dan kawasan-kawasan yang terlibat dengan peningkatan taraf IPGKRM kepada IPG Sukan.
YBhg Datuk Rektor telah diiringi oleh Timbalan Pengarah IPGKRM sepanjang lawatannya.

Program Hello-on-2 RTM

YBhg. Datuk Rektor telah muncul dalam rancangan Hello-on-Two RTM pada 7 julai 2011. Tajuk yang dibincangkan adalah megenai Konvensyen Guru Muda yang bakal berlangsung di UiTM Shah Alam pada 8 hingga 10 julai.

Mesyuarat Persediaan Untuk Pertandingan KIK KPM 2011

Mesyuarat Penyediaan Bahan KIK telah diadakan pada 6 Julai 2011.

Tuesday, July 5, 2011

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang KPM

Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) KPM 2010 telah diadakan pada 5 Julai 2011. YAB Timbalan Perdana Menteri Merangkap Menteri Pelajaran telah menyampaikan anugerah kepada semua penerima.
Penerima APC 2010 IPGM adalah YBhg. Datin Salbiah Abdul Aziz, En Azhari Ismail dan Pn Qamariah Sardan.
Tahniah!

Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang IPGK Bahasa Antarabangsa

Majlis APC IPG Kampus Bahasa Antarabangsa telah diadakan pada 5 Julai 2011.

Anugerah telah disampaikan oleh YBhg. Datuk Rektor IPGM.

Monday, July 4, 2011

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang IPGKTI

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Institut Pendidikan Guru Kampus Temenggong Ibrahim, Johor Bahru telah diadakan pada 4 Julai 2011.
Seramai 22 orang penerima APC 2010 telah menerima anugerah masing-masing.
Disamping itu, IPGKTI telah mengurniakan beberapa anugerah khas untuk mengiktiraf para kakitangan dan jabatan IPG berkenaan. Antara anugerah-anugerah tersebut adalah Anugerah Setia, Anugerah Khas Kepimpinan, Anugerah Mesra, Anugerah Inovasi, Anugerah Ketrampilan, Anugerah Harapan, Anugerah Penyelidikan, Anugerah Penulisan, Anugerah Penulisan Kreatif, Anugerah Versatil dan Anugerah Permata Temenggong.
YBhg. Datuk Rektor IPGM telah menyampaikan kesemua anugerah pada malam tersebut.

Saturday, July 2, 2011

Larian Serentak 1Murid 1Sukan




Larian Serentak 1Murid 1Sukan telah dilancarkan di Taman Majlis Perbandaran Taiping pada 2 Julai 2011. Larian serentak ini melibatkan lebih empat juta murid sekolah seluruh negara, bermula tepat jam 7.45 pagi. YAB Tan Sri Dato' Hj Muhyiddin bin Hj Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran telah memulakan larian sebagai tanda pelancaran. Larian akan dicatatkan dalam Malaysia Book of Records.