Thursday, June 30, 2011

Mesyuarat Senat IPG


Mesyuarat Senat IPG Bil 5 Tahun 2011 telah diadakan di Hotel Maytower, Kuala Lumpur pada 29 jun hingga 1 julai 2011.

Mesyuarat telah dipengerusikan oleh YBhg. Datuk Rektor IPGM.

Unesco International Seminar

As a follow up to the firat meeting held among the cluster countries: Brunei, Indonesia, Malaysia, The Philippines and Timor Leste from 8-10 December 2010 under the care of teh Jakarta Unesco office, the second country report meeting on Education for Sustainable Development was held between 20-21 june 2011.

The meeting allowed the members of the cluster countries to present their respective country guidelines for reorienting the teacher education climate to address sustainability with emphases on Climate Change Education (CCE) and Disaster Risk Reduction (DRR).

The two day meeting also allowed member countries to share approaches and strategies that can be employed to address the issue of sustaining a greener planet for the current and also the future generation.

IPGM was represented by the Rector, Datuk Dr Haili bin Dolhan, and Senior Assistant Director, Dr Nagaligam Karuppiah.

Monday, June 27, 2011

Persidangan Kebangsaan Pendidikan Jasmani 2011

Persidangan Kebangsaan Pendidikan Jasmani 2011 telah berlangsung pada 27-29 Jun 2011 di IPG Kampus Sultan Mizan, Besut, Terengganu.

Sebanyak 15 kertas kerja dibentangkan. Pembentang-pembentang kertas kerja terdiri daripada pakar-pakar pendidikan jasmani dari dalam dan luar Malaysia. Ucap utama telah disampaikan oleh Profesor Chinnapa Reddy, Presiden Persatuan Pendidikan Jasmani dan Sains Sukan India. Pakar-pakar dari Thailand, Singapura dan universiti-universiti tempatan. Pensyarah-pensyarah IPG juga tidak ketinggalan membentangkan kertas masing-masing.
Penyertaan amat menggalakkan. Seramai 506 peserta menghadiri seminar ini terdiri daripada guru, pensyarah, pegawai-pegawai yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dengan Pendidikan Jasmani.
Secara keseluruhan, persidangan ini telah berjaya mencapai matlamat yang digariskan.
Tahniah kepada IPGKSM dan semua pihak yang menjayakan persidangan ini.

Thursday, June 23, 2011

Mesyuarat Pengurusan IPGM Bil 10/2011

Mesyuarat Pengurusan IPGM Bil. 10 tahun 2011 telah diadakan pada 24 Jun 2011 di Bilik Mesyuarat Utama IPGM.

Mesyuarat telah dipengerusikan oleh YBhg. Datuk Rektor IPGM.

Monday, June 20, 2011

Minggu Pengurusan Pelajar Baharu



Minggu Pengurusan Pelajar Baharu (MPPB) dijalankan oleh IPG Kampus untuk para pelajar baharu yang mendaftar untuk program PPISMP ambilan jun 2011.
Antara program yang telah diatur adalah sesi-sesi taklimat, latihan dalam kumpulan serta aktiviti-aktiviti luaran dan dalaman.
Di IPG Kampus Tawau, majlis perasmian telah disempurnakan oleh YBhg. Puan Hajah Masni binti Madat, Pengarah IPG Kampus Tawau.

Sunday, June 19, 2011

Pendaftaran Pelajar Baharu PPISMP






Pendaftaran Pelajar Baharu PPISMP IPG telah berlangsung pada 20 Jun 2011 di semua Kampus IPG seluruh negara. 

Di IPG Kampus Kent, pendaftaran kali ini melibatkan tiga opsyen iaitu Bahasa Arab (24 orang), Bahasa Inggeris (25 orang) dan Pendidikan Sejarah (23 orang).

Pendaftaran dijalankan di Dewan Hone, IPG Kampus Kent bermula jam 8.00 pagi.

Friday, June 17, 2011

Mesyuarat Pengurusan IPGM

Mesyuarat Pengurusan IPGM Bil. 9 telah diadakan pada 17 Jun 2011 dan dipengerusikan oleh YBhg. Datuk Rektor.

Wednesday, June 15, 2011

SIPMA ke-4 2011

IPGM telah menyertai Kejohanan Sukan Institusi Pendidikan (SIPMA) ke-4 yang berlangsung pada 4 hingga 12 Jun 2011. Kontinjen IPGM adalah seramai 177 atlet.

Dalam kejohanan berkenaan IPGM telah berjaya meraih 9 pingat perak dan 8 pingat gangsa.

Tahniah IPGM!

Senarai harga tiket kapal terbang

Untuk rujukan mengisi prestasi perbelanjaan sektor dalam GoogleDoc.

Tuesday, June 14, 2011

Perjanjian Persefahaman IPGM-JAJ




IPGM dan Jabatan Agama Johor (JAJ) telah menandatangani Perjanjian Persefahaman Pendidikan pada 14 Jun 2011 di Hotel Seri Malaysia Johor Bahru.

Perjanjian Persefahaman ini adalah bagi IPG Kampus Temenggung Ibrahim melatih 157 orang guru sekolah-sekolah agama JAJ untuk mendapatkan Diploma Perguruan.

Y.Bhg. Datuk Rektor telah menandatangani perjanjian tersebut bagi pihak IPGM manakala JAJ diwakili oleh Y.Bhg Tn Hj Alias Hasran, Pengarah JAJ.

Menyingkap sejarah,  kerjasama antara KPM dan JAJ telah bermula sejak 1993 lagi, dan setakat ini, seramai 1509 orang guru JAJ telah dilatih di IPGTI.