Friday, May 27, 2011

Taklimat Sistem Pergerakan Staf Secara Atas Talian


Jabatan ICT IPGM telah membangunkan sistem pergerakan staf secara atas talian, dan akan digunakan sepenuhnya bermula jun 2011.

Untuk itu, satu taklimat khas telah diadakan pada 24 Mei 2011 untuk memperkenalkan  sistem ini kepada semua kakitangan. Taklimat disampaikan oleh En Hailmi dan En Nik Ibrahim.

Antara kekuatan sistem ini adalah ianya boleh dicapai di mana-mana dan bila-bila masa sahaja. Demikian juga sekiranya pihak atasan ingin menyemak kehadiran para kakitangan serta di mana mereka berada.

Majlis Perpisahan & Jasamu Dikenang




Majlis Perpisahan dan Jasamu Dikenang telah diadakan pada 23 Mei 2011 di BMU IPGM. Majlis diadakan untuk menyatakan penghargaan dan terima kasih ke atas kakitangan yang bersara dan bertukar.

Mereka yang diraikan adalah:

YBhg. Dr Amin bin Senin - Naik pangkat sebagai Pengarah IAB
Pn Hazina Zakaria - bersara
Pn Nurahmadiana Mohd Taib - bertukar
Pn Siti Zarina Mohd Yusop - bertukar

Tahniah dan mat bertugas di tempat baharu.

Bicara Eksekutif Keutuhan Siri 2




Bicara Eksekutif Siri 2 telah diadakan pada 23 Mei 2011 di Bilik Mesyuarat Utama IPGM. Tetamu kali ini adalah Dr Idris Mohd Nor Timbalan Ketua Pengarah (Latihan) Biro Tatanegara JPM. Tajuk Bicara adalah Penjawat Awam Penjana Transformasi Negara.

Friday, May 20, 2011

Jasamu Dikenang, Pn Hazina



Pn Hazina Zakaria, Ketua Unit  PPA, akan menamatkan perkhidmatan beliau dengan kerajaan pada hari isnin 23 Mei 2011.

Sebagai menghargai jasa dan sumbangan beliau, PPA telah mengadakan majlis "clock-out" ringkas pada 20 Mei 2011 (jumaat).

Pengarah PPA, Dr Noriati Ab Rashid dan Pn Hazina sendiri, telah menyampaikan sepatah dua kata dalam majlis berkenaan.

Majlis rasmi peringkat IPGM akan diadakan pada 23 Mei hadapan, bersekali dengan meraikan kakitangan-kakitangan yang bertukar, iaitu Dr Amin Senin, Pn Nurahmadiana dan Pn Zarina.

Selamat bersara Pn Hazina, semoga gembira dan sihat sentiasa di bawah pemeliharaan Allah S.W.T.

Wednesday, May 18, 2011

Malam Berambih & Pelancaran Hari Guru




Majlis Malam Berambih bersempena Sambutan Hari Guru ke-40 Tahun 2011 telah daiadakan pada malam 15 Mei 2011.

Majlis tersebut telah diadakan di Borneo Convention Center Kuching dan dihadiri oleh lebih 2000 tetamu dari seluruh negara.

Malam Berambih ditaja sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri Sarawak. YAB Ketua Menteri Sarawak dan isteri adalah tetamu kehormat pada malam yang amat meriah itu.

Pada keesokan harinya pula, majlis Pelancaran Perayaan Hari Guru telah diadakan di tempat yang sama. Pelancaran tersebut disempurnakan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran.

Seramai 5 orang Tokoh Guru telah dinobatkan pada majlis itu. Beberapa insentif baru yang bertujuan mengiktiraf dan memartabatkan profesion keguruan juga telah diumumkan, dan mendapat sambutan baik daripada kalangan guru-guru yang hadir.

Selamat hari guru, terima kasih cikgu!

Pameran Pendidikan Bersempena Sambutan Hari Guru



Bersempena Sambutan Perayaan Hari Guru ke-40 Tahun 2011, satu Pameran Pendidikan telah diadakan pada 13 hingga 16 Mei 2011. Pameran  ini telah diadakan di Dataran Sungai Kuching (Kuching Waterfront).

Pameran ini dikelolakan oleh Kumpulan Utusan dengan kerjasama erat KPM. Pengarah JPN Sarawak telah merasmikan pameran yang merupakan prapelancaran kepada sambutan perayaan Hari Guru ke-40 tahun 2011.

IPGM adalah antara institusi pendidikan awam yang menyertai pameran tersebut.

Mesyuarat Senat, Pengurusan & JPKA IPGM



IPGM telah mengadakan Mesyuarat Senat, Pengurusan dan JPKA secara berkelompok 3-dalam-1 pada 12 hingga 14 Mei 2011.

Mesyuarat telah diadakan di Hotel Merdeka Palace Kuching. Ini adalah bersempena dengan sambutan Perayaan Hari Guru ke-40 Tahun 2011 yang diadakan di bandaraya tersebut.

YBhg. Datuk Rektor telah mempengerusikan ketiga-tiga mesyuarat yang dianggotai oleh semua pengarah IPGM kampus.

Wednesday, May 4, 2011

Karnival Inovasi Pendidikan IPG Kampus Ilmu Khas





IPG Kampus Ilmu Khas telah menganjurkan Karnival Inovasi Pendidikan pada 4 Mei 2011.

Y.Bhg Datuk Rektor telah merasmikan pembukaan Karnival pada pagi tersebut.

Beliau seterusnya melawat petak-petak peserta pertandingan yang terdiri daripada pensyarah, pelajar, universiti, guru dan pelajar sekolah.

Kolokium Kebangsaan Kepimpinan Instruksional IAB




IAB Utara telah menganjurkan Kolokium Kebangsaan Kepimpinan Instruksional ke-7 pada 2 hingga 5 Mei 2011. Peserta kolokium terdiri daripada pengetua dan guru besar seluruh negara.

Y.Bhg Datuk Rektor IPGM telah dijemput berforum bersama dengan Pengarah BPG mengenai kesan kepimpinan instruksional terhadap proses latihan guru.

Konvo IPG Kampus Sultan Abdul Halim






Konvokesyen IPG Kampus Sultan Abdul Halim, Sungai Petani, Kedah telah diadakan pada 3 Mei 2011.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Kedah dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultanah telah berkenan mencemar duli menyempurnakan majlis yang penuh bersejarah itu.

Antara tetamu kehormat yang sama-sama menyambut kedatangan DYMM Sultan dan Sultanah adalah  Dato' Pegawai Daerah Kuala Muda-Yan dan Datuk Rektor IPGM.