Friday, April 29, 2011

Perhimpunan Bulan April IPGM





Perhimpunan rasmi IPGM telah dijalankan pada hari ini, jumaat 29 april 2011. Perhimpunan kali ini dikelolakan oleh Sektor HEP.

Dalam ucapannya, Y.Bhg Datuk Rektor telah mengingatkam semua hadirin agar sentiasa menjalankan tugas dengan penuh integriti, efektif dan efisien. Belaiu memuji semangat kerja sepasukan yang ditunjukkan oleh semua warga IPGM.

Y.Bhg Datuk Rektor juga berkongsi "formula" XPLUS KPPM ; excellence, pengetahuan, usaha, sepasukan.


8 orang warga IPGM yang menyambut hari lahir pada bulan april telah diraikan dalam perhimpunan kali ini. Selamat hari lahir semua!

Monday, April 25, 2011

Lawatan Kerja ke IPG Kampus Ipoh







Y.Bhg Datuk Rektor IPG telah mengadakan lawatan kerja ke IPG Kampus Ipoh pada 25 April 2011. Lawatan ini merupakan lawatan sulung Datuk ke IPG berkenaan.

Y.Bhg Datuk telah dibawa melawat persekitaran kampus dan mengadakan sesi dialog bersama pensyarah-pensyarah IPGKI.

Bersempena dengan lawatan itu juga, Y.Bhg Datuk telah merasmikan penutupan Pertandingan KIK dan Inovasi peringkat IPGKI.

Tahniah kepada semua pemenang KIK & Inovasi!

Pelancaran 1Malaysia 1Kent




IPG Kampus Kent telah melancarkan Program 1Malaysia 1Kent pada 19 April 2011. Y.Bhg. Datuk Rektor telah dijemput sebagai tetamu kehormat melancarkan program tersebut.

Datuk Rektor juga berkesempatan melawat sekitar IPGK Kent; antaranya perpustakaan, bengkel PSV dan Galeri Sejarah IPGK Kent.

Dalam perjalanan pulang, Y.Bhg Datuk Rektor singgah sebentar di kampus baru IPGK Kent yang masih dalam pembinaan.

Bicara Eksekutif SPRM


Bicara Eksekutif IPGM pada 15 April 2011 menampilkan ceramah Pengenalan Rasuah dan Langkah-Langkah Pencegahan.

Ceramah disampaikan oleh Penguasa Kanan SPRM, Tuan Chew Ai Wah.

Ceramah beliau amat berkesan, kerana ia disampaikan dalam bentuk pengkisahan pengalaman beliau yang begitu luas dalam SPRM. Semuanya adalah kisah benar!

Pidato Integriti 2011



Pertandingan Pidato Integriti 2011 antara IPG Peringkat Kebangsaan telah berlangsung di Institut Integriti Malaysia (IIM) pada 11-12 April 2011.

Pertandingan ini adalah hasil usaha sama IPGK Bahasa Melayu dengan IIM.

YAB Timbalan Perdana Menteri telah menutup rasmi pertandingan dan menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

Tempat Pertama : Paizal bin Sanek - IPGKBM
Tempat Kedua : Mohd Shafiq Aiman bin Mat Nor - IPGKRM
Tempat Ketiga : Fatimah Azzahra bt Mohamed Sharif - IPGKI