Sunday, January 30, 2011

Lawatan Kerja TKSU (Pembangunan) ke PLGDP Seri Tualang






Y.Bhg Dato' Badarudin Abd Rahaman, TKSU (Pembangunan) KPM telah mengadakan satu lawatan kerja ke PLGDP Seri Tualang, Temerloh pada  28 Januari 2011. Turut sama dalam lawatan tersebut adalah Datuk Rektor IPGM dan Dato' Pengarah JPN Pahang. Taklimat telah disampaikan En Roslan bin Ahmad, Timbalan Pengarah IPG Kampus Tuanku Ampuan Afzan.

Lawatan Dato' TKSU adalah bertujuan untuk membincangkan isu-isu pembangunan yang melibatkan PLGDP. Sehingga kini, sebanyak empat buah PLGDP telah beroperasi; PLGDP Bandar Tenggara, PLGDP Seri Tualang, PLGDP Sg. Buloh dan PLGDP Sg. Karangan. Pengarah-pengarah IPG Kampus yang bertanggungjawab ke atas PLGDP-PLGDP berkenaan juga hadir semasa lawatan ini.

PENDAFTARAN DAN MINGGU PENGURUSAN PELAJAR BAHARU




Pendaftaran pelajar-pelajar baharu bagi program KPLI Mode Sepenuh Masa dan KPLI j-QAF Mode LPBS Ambilan Januari 2011 telah dijalankan pada 24 Januari 2011 (Isnin) di 27 buah Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus seluruh Malaysia.  Seramai 1500 calon telah ditawarkan dalam 16 bidang pengkhsusan bagi program KPLI Sepenuh Masa, manakala 2500 orang bagi program KPLI j-QAF LPBS.

Pendaftaran telah berjalan lancar di semua IPG Kampus pada hari berkenaan, dan seterusnya diikuti dengan minggu pengurusan pelajar baharu.  Antara pengisian pada minggu pengurusan tersebut adalah sesi interaksi antara pentadbir dengan ibu bapa / penjaga, aktiviti kerohanian dan pendidikan moral, latihan dalam kumpulan, riadah, dan sesi  taklimat tentang akademik, ko-kurikulum, penilaian & peperiksaan, hal ehwal pelajar serta pengurusan di kolej kediaman. 

Minggu pengurusan dan program yang dirangka ini bertujuan untuk memastikan semua pelajar baharu di IPG mengenali, memahami serta menghayati visi, misi dan hala tuju IPG.  Menerusi program ini juga semangat kekitaan dapat diterapkan dalam kalangan pelajar yang mengikuti latihan keguruan di IPG.  Selain itu, program ini dapat membantu pelajar baharu menyesuaikan diri dengan budaya IPG.

Monday, January 24, 2011

Lawatan Penanda Aras Ke MTD





Rombongan IPGM, diketuai oleh Y.Bhg. Datuk Rektor telah mengadakan lawatan penanda aras ke Maktab Tentera Diraja (MTD) pada 25 Januari 2011.

Tujuan lawatan adalah untuk mendapatkan maklumat mengenai pengurusan MTD sebagai sebuah sekolah berasrama penuh di bawah Kementerian Pertahanan.

Maklumat yang diperolehi akan digunakan dalam kajian pemantapan pengurusan Sekolah Angkat di IPGM.

Taklimat telah disampaikan oleh Komandan MTD, Kolonel Mohd Zakaria Yadi dan Pemangku Pengarah Pengajian MTD, En Fok Poon Lih.

Friday, January 21, 2011

Majlis Persaraan Dr Hj Zulmahari







Majlis Persaraan Dr Hj Zulmahari diadakan pada 21 Januari 2011. Dalam ucapannya, Dr Zulmahari mengingatkan mengenai peranan IPGM yang amat penting dalam menentukan hala tuju seluruh IPG Kampus. Beliau berdoa agar pemantapan struktur IPGM dapat direalisasikan dalam masa terdekat.

Wednesday, January 19, 2011

Lawatan ke SK Lanai - Sekolah Angkat IPGKTAA






 




Y.Bhg Datuk Rektor telah mengadakan lawatan kerja ke SK Lanai pada 19 Januari 2011. SK Lanai merupakan Sekolah Angkat IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan.

Turut sama dalam lawatan tersebut adalah Timbalan Pengarah IPGKTAA, En Roslan Ahmad, pegawai-pegawai IPGM, pensyarah-pensyarah IPGKTAA dan beberapa orang pensyarah IPG Kampus yang mempunyai sekolah angkat seperti IPGKSAH dan IPGK Gaya.

Siap sedia menunggu Y.Bhg Datuk Rektor di SK Lanai adalah Pegawai Pelajaran Daerah Lipis, Tn Hj Basirun Abdullah Hashim, Guru Besar SK Lanai, En Zainal Fetri b Hj Sutim, pegawai-pegawai dari JPN Pahang, PPD dan guru-guru SK Lanai.

SK Lanai terletak 40 KM dari Felda Sg Koyan. Murid-muridnya terdiri daripada 214 murid orang asli (50% adalah muslim) yang semuanya ditempatkan di asrama. Seramai 13 orang guru dan 10 orang kakitangan sokongan berkhidmat di sekolah ini.

 SK Lanai mula beroperasi di lokasi barunya pada bulan Mei 2003. Sekolah asal SK Lanai sebenarnya terletak 1 jam perjalanan menaiki bot dari tapaknya sekarang.

JPKK IPGM Meraikan Dr Zulmahari dan Dr Burhan



Dr Muhammad Ab Rahman dan pasukan Jabatan Pengurusan Kualiti dan Keutuhan (JPKK) IPGM telah mengadakan jamuan khas untuk meraikan dua orang pegawai jabatan yang bertukar dan akan bersara.  Jamuan ringkas ini diadakan pada 18 Januari 2011 di Kelab Tasik Putrajaya.

Dr Burhan telah bertukar ke UIAM, manakala Dr Zulmahari akan bersara pada 24 Januari 2011.

Dr Burhan - selamat berjaya di tempat baru;
Dr Zulmahari - selamat bersara.

Saturday, January 15, 2011

Perhimpunan Bulan Januari IPGM





IPGM telah mengadakan perhimpunan bulanan pertama pada 7 Januari 2011. Perhimpunan diadakan di Bilik Mesyuarat Utama IPGM. Antara atur cara pada hari itu adalah nyanyian lagu Negaraku, lagu Perkhidmatan Awam, ucap selamat bagi staf yang menyambut hari lahir dalam bulan Januari dan Disember serta yang menyambut kelahiran cahaya mata (Pn Monaliza), serta ucapan penghargaan kepada pegawai yang bertukar (En Hasiady) dan yang bakal bersara (Dr Zulmahari).

Dalam ucapannya, Datuk Rektor mengucapkan terima kasih atas kerjasama semua staf sepanjang 2010 dan berharap kerjasama tersebut akan diteruskan untuk menjadikan IPGM sebagai pusat kecemerlangan pendidikan guru.

Mesyuarat JK Perpindahan ke Enstek





Satu mesyuarat JK Perpindahan IPG ke Kampus Enstek telah diadakan pada 4 Januari 2011 jam 2.30 petang di tapak pembinaan Enstek.
Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Y.Bhg. Datuk Rektor IPGM dan dihadiri oleh JK Perpindahan IPG Kampus Teknik dan JK peringkat IPGM.
Dalam mesyuarat yang sama, kontraktor utama telah memberi taklimat ringkas mengenai status terkini pembinaan. Setakat Disember 2010, tahap siap telah mencapai 57%, kurang 1% daripada sasaran sebenar. Oleh kerana itu, disamping mengira faktor-faktor lain, maka adalah dijadualkan bahawa IPG Kampus Enstek ini akan mula beroperasi pada pertengahan tahun 2012, lebih kurang 12 bulan lebih lewat daripada jangkaan sebenar iatu Julai 2011.