Friday, December 24, 2010

Majlis Perkahwinan Anakanda Hjh Kamsiah & Hj Azlan



Penolong Pengarah IPGM, Pn Hjh Kamsiah Hj Ab Rashid dan suami telah mengadakan majlis perkahwinan anakanda mereka,  Nurbaya Hj Azlan dengan pasangan hidupnya Mohamad Faisal Md Yasin.

Majlis telah diadakan pada 24 Disember 2010 di Auditorium Perbadanan Putrajaya.

Majlis yang meriah ini berjalan dengan gilang gemilang. Tetamu yang hadir dijamu dengan hidangan istimewa; nasi arab kabsah ayam.

Datuk Rektor dan isteri telah diberi penghormatan untuk menepung tawar kedua mempelai.

Tahniah Hjh Kamsiah, dan selamat pengantin baru buat kedua-dua mempelai, semoga bahagia hingga ke akhir hayat.

Wednesday, December 22, 2010

Mesyuarat SKT KPPM


Mesyuarat Penyediaan SKT KPPM telah diadakan pada 17-19 Disember 2010 di Hotel Berjaya, Pulau Pinang.

Semua pengarah bahagian-bahagian di bawah KPPM telah hadir dalam mesyuarat berkenaan.

Datuk Rektor hadir bagi mewakili IPGM yang berada di bawah seliaan terus KPPM.

Dalam mesyuarat berkenaan, perkara-perkara berikut telah dibincangkan:

  • Fungsi Utama, Tugas Utama dan Tugas Penting bahagian;
  • Isu-isu yang melibatkan pertindihan fungsi antara bahagian-bahagian KPPM;
  • Sasaran Kerja Tahunan;
  • Takwim Aktiviti yang melibatkan YAB Menteri Pelajaran dan KPPM; dan 
  • Petunjuk Prestasi Utama (KPI) bahagian dan KPPM.

Mesyuarat Naziran Perjawatan IPG-JPA-BPSM




Mesyuarat Naziran Perjawatan IPG-JPA-BPSM telah diadakan di Bilik Mesyuarat Utama IPGM pada 17 Disember 2010.

Mesyuarat telah membincangkan isu struktur organisasi IPGM dan ABM perjawatan yang telah diluluskan.

Memandangkan IPGM sekarang ini telah bergerak secara keseluruhan, mesyuarat melihat keperluan untuk IPGM mengemukakan cadangan struktur terkini, memandangkan struktur yang diluluskan sekarang adalah khusus kepada pasukan penggerak (core team) yang ditugaskan merancang penubuhan IPGM.

Lawatan Datuk KPPM ke IPGM


Y.Bhg Dato' Abd Ghafar bin Mahmud, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia yang baru telah mengadakan lawatan kerja profesional ke IPGM Cyberjaya pada 15 Disember 2010.

Beliau telah disambut oleh Y.Bhg Datuk Rektor bersama timbalannya dan juga para pegawai dan staf IPGM.

Datuk KPPM telah menghabiskan selama 2 jam untuk mendapat maklumat terkini mengenai IPGM. Beliau juga telah menyatakan hasrat serta wawasan beliau yang berkaitan dengan IPGM.

Terima kasih Y.Bhg Dato' atas kesudian melawat kami di Cyberjaya.

Lawatan ke PLGDP Temerloh



Satu lawatan kerja Datuk Rektor IPG ke PLGDP Termeloh telah diadakan  pada 14 Disember 2010.

Mesyuarat MKSP dan Mesyuarat Senat IPG



Mesyuarat Kajian Semula Pengurusan (MKSP) dan Mesyuarat Senat IPG telah diadakan pada 7-10 Disember 2010 di Hotel Quality Shah Alam.

Sebagai langkah penjimatan, kedua-dua mesyuarat berkenaan juga telah digabungkan sekali bersama Mesyuarat JPKA IPG.

Mesyuarat dihadiri oleh Datuk Rektor IPGM, Timbalan Rektor, Pengarah-pengarah IPGM dan Pengarah-pengarah IPG Kampus. Beberapaorang penolong pengarah dan kakitangan sokongan bertindak sebagai urus setia.

Bengkel Penyediaan Bahan Taklimat KPPM



Sempena dengan lawatan kerja Y.Bhg. Dato' Abd Ghafar Mahmud, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia ke IPGM Cyberjaya, satu bengkel khas telah diadakan pada 2-3 Disember 2010. Bengkel ini bertujuan untuk menyiapkan bahan taklimat berkaitan IPGM kepada KPPM.

Bengkel diadakan bersama dengan Mesyuarat Penyediaan bahan "The New IPG" di Everly Resort, Melaka.

Bengkel telah diketuai oleh Y.Bhg. Dr Amin Senin, Timbalan Rektor IPGM.